Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Messi bantu Argentina benam Estonia

    PAMPLONA, SEPANYOL, 6 JUN – Lima jaringan gol adalah yang pertama dihasilkan oleh Lionel Messi untuk Argentina semasa menewaskan Estonia 5-0 dalam perlawanan persahabatan di Sepanyol kelmarin, dan jaringan gol tersebut menjadikan dia antara penjaring empat teratas untuk pasukan kebangsaan dalam bola sepak lelaki.

    Pada perlawanan separuh masa pertama, Messi telah menjaringkan dua gol, termasuk gol penalti, manakala tiga lagi dihasilkan selepas masa rehat untuk mencetak 86 gol di peringkat antarabangsa. Dia telah mengatasi rekod 84 gol bekas pemain Hungary, Ferenc Puskas.

    Sementara itu, Cristiano Ronaldo dari pasukan Portugal adalah penjaring teratas dengan catatan 117 gol – jumlah tersebut termasuk dua gol yang diperoleh ketika menewaskan Switzerland 4-0 dalam Liga Negara-negara. Ia diikuti oleh Ali Daei dari Iran dengan catatan 109 gol dan Mokhtar Dahari dari Malaysia dengan 89 gol.

    Sebelum ini, Messi tidak pernah menjaringkan lima gol untuk Argentina di peringkat senior, tetapi dia pernah menjaringkan lima gol dalam satu perlawanan bersama Barcelona dengan kemenangan 7-1 ke atas Bayer Leverkusen dalam pusingan kelompok 16 terakhir di Liga Juara-juara 2011 dan 2012.

    Messi menyumbang dua assist pada minggu lalu membantu Argentina menewaskan Itali 3-0 dalam perlawanan pertama Finalissima antara juara Amerika Selatan dan Eropah.

    Sementara itu, pada tahun lalu pula dia membantu Argentina memenangi Copa Amerika untuk mendapatkan gelaran juara pertamanya bersama pasukan kebangsaan. Selain itu, Argentina tidak pernah mengalami kekalahan dalam 33 perlawanan. – AP

    Reaksi Lionel Messi meraikan jaringan ketiga untuk pasukannya dalam perlawanan persahabatan antara Estonia dan Argentina di Pamplona, Sepanyol. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Saintis China bina model 3D embrio manusia berusia 3 minggu

    BEIJING, 25 APRIL - Para saintis China membina semula model 3D embrio manusia dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas persenyawaan, yang membuka laluan...