Friday, April 26, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Mesyuarat ASEAN-EU bincang isu serantau

    Oleh Sim Y.H.
    Gambar oleh Sekretariat ASEAN

    ASEAN dan Kesatuan Eropah (EU) merupakan rakan kongsi strategik dengan kepentingan bersama dalam sebuah rantau yang makmur, stabil dan aman di mana keamanan, keselamatan dan kestabilan terus dipertahankan, termasuk mempromosi dan melindungi hak asasi manusia, misalnya kebebasan asas serta kesaksamaan jantina.

    Sehubungan itu, ASEAN dan EU telah bertukar-tukar pandangan mengenai perkembangan dan isu semasa di kedua-dua rantau pada Sidang Kemuncak ASEAN-EU dan Mesyuarat Menteri-menteri ASEAN-EU ke-24.

    Pada masa yang sama, Indonesia selaku Pengerusi ASEAN 2023 telah menyampaikan keutamaannya di bawah tema, ASEAN Matters: Epicentrum of Growth, di mana ia menekankan pentingnya untuk meningkatkan Kapasiti ASEAN dalam menyahut cabaran-cabaran masa hadapan selain menyokong ASEAN Centrality.

    Sementara itu, EU menyampaikan perkembangan terkini mengenai pelaksanaan keutamaannya bagi 2019-2024 khususnya Next Generation EU, European Green Deal dan Global Gateway.

    Kedua-dua pihak juga menggariskan kepentingan mempertahankan prinsip demokrasi, undang-undang dan hak asasi manusia serta mengesahkan semula keperluan untuk menghormati kedaulatan, kebebasan politik dan integriti negara Ukraine, selain menyatakan sokongan bagi pelaksanaan ASEAN Five-Point Consensus bagi Myanmar.

    Duta Hjayceelyn Quintana semasa mempengerusikan bersama Mesyuarat JCC ASEAN-EU ke-30 yang telah diadakan di Jakarta, Indonesia.
    Mesyuarat JCC ASEAN-EU ke-30 telah diadakan di Jakarta, Indonesia baru-baru ini.
    Barbara Plinkert bersama Ian Hoskins semasa mempengerusikan bersama Mesyuarat JCC ASEAN-EU ke-30 yang berlangsung di Jakarta, Indonesia pada 24 Februari lalu.

    Mesyuarat Jawatankuasa Kerjasama Bersama ASEAN-EU (JCC) ke-30

    Mesyuarat JCC ASEAN-EU ke-30 telah diadakan di Jakarta, Indonesia pada 24 Februari lalu di mana ia dipengerusikan bersama oleh Wakil Tetap Republik Filipina ke ASEAN, Duta Hjayceelyn M Quintana dan Ketua Bahagian Asia Tenggara, European External Action Service, Barbara Plinkert bersama Timbalan Ketua Unit bagi Asia Selatan dan Asia Tenggara, European Commission Directorate-General for International Partnerships, Ian Hoskins.

    Mesyuarat yang dihadiri oleh ahli-ahli Jawatankuasa Wakil Tetap ke ASEAN dan pegawai-pegawai dari Sekretariat ASEAN dan EU itu menyemak semula pelaksanaan Pelan Tindakan ASEAN-EU 2018-2022 dan mengalu-alukan kejayaan signifikannya dengan pencapaian garis tindakan 89.25 peratus serta pelancaran Pelan Tindakan untuk Pelaksanaan Kerjasama Strategik ASEAN-EU (2023-2027).

    Kedua-dua pihak yang bersidang juga mengesahkan semula komitmen untuk mengukuhkan kerjasama ASEAN-EU dan mengekalkan ASEAN Centrality berdasarkan prinsip asas relevan pendekatan Indo-Pasifik masing-masing.

    Mereka juga akan meneroka potensi kolaborasi dalam empat bidang keutamaan Prospek ASEAN di Indo-Pasifik (AOIP) dan tujuh bidang keutamaan Strategi EU bagi Kerjasama di Indo-Pasifik, selaras dengan prinsip Treaty of Amity and Cooperation in Southesat Asia, Piagam ASEAN dan AOIP.

    Dalam mesyuarat itu, kedua belah pihak mengambil maklum pelancaran Inisiatif Pasukan Eropah bagi Kesalinghubungan Mampan dalam konteks Global Gateway dan pengoperasian Inisiatif Pasukan Pasukan Hijau EU, bermatlamat untuk meningkatkan kerjasama ASEAN-EU dan penyelarasan projek-projek konkrit di peringkat serantau dan kebangsaan di seluruh Asia Tenggara. Mesyuarat juga mengalu-alukan sumbangan kira-kira 10 bilion euro bagi pelaksanaan Global Gateway di rantau ASEAN.

    Di samping itu, mesyuarat juga mengesahkan semula komitmen masing-masing kepada Agenda bagi Pembangunan Mampan 2030, United Nations Framework Covention on Climate Change (UNFCCC), Perjanjian Paris, Konvensyen bagi Kepelbagaian Biologi (CBD) dan Rangka Kerja Biodiversiti Global Kunming-Montreal yang berkaitan, dengan hasrat mempromosikan pembangunan mampan serta menangani cabaran-cabaran global perubahan iklim, kehilangan biodiversiti dan perlindungan alam sekitar menerusi mekanisme dialog ASEAN-EU seperti Dialog Menteri-menteri ASEAN-EU bagi Perubahan Iklim dan Alam Sekitar yang akan bersidang pada 2023.

    Mesyuarat itu juga mengambil maklum akan usaha untuk merealisasikan peralihan tenaga ke arah neutraliti iklim berkaitan dengan matlamat ASEAN dan EU bertujuan meningkatkan keberkesanan tenaga dan tenaga boleh diperbaharui melalui kerjasama dan pelaburan projek dalam tenaga yang boleh diperbaharui di negara-negara anggota ASEAN serta juga melalui Dialog Tenaga ASEAN-EU.

    ASEAN dan EU juga mengalu-alukan dialog dasar yang berterusan di antara rakan sejawat ASEAN dan EU disokong oleh Enhanced Regional EU-ASEAN Dialogue Instrument (E-READ), yang mempromosi kerjasama dan dialog dalam pelbagai dasar berkepentingan bersama.
    Selain itu, mereka juga mengesahkan semula komitmen bagi meningkatkan lagi penglibatan dalam isu-isu ekonomi dan perdagangan ASEAN-EU serta meneroka jalan lain dalam jangka pendek dan sederhana untuk mempromosikan kerjasama dalam bidang-bidang berkepentingan bersama seperti ekonomi digital, teknologi hijau dan perkhidmatan hijau serta rantaian bekalan berdaya tahan.

    Mesyuarat telah mengalu-alukan usaha bersama untuk mempromosikan kesalinghubungan ASEAN-EU termasuk melalui Inisiatif Global Gateway Pasukan Eropah bagi Kesalinghubungan Mampan untuk ASEAN.

    Kedua-dua rakan kongsi juga akan meningkatkan kerjasama digital seperti yang dicerminkan dalam Kenyataan Menteri Bersama ASEAN-EU bagi Kesalinghubungan selaras dengan visi Pelan Induk Digital ASEAN 2025.

    Kedua-dua pihak juga mengalu-alukan penandatanganan Perjanjian Pengangkutan Udara Komprehensif ASEAN-EU (AE-CATA), iaitu perjanjian penerbangan rantau ke rantau pertama di dunia serta sumbangannya kepada pengukuhan kerjasama dalam penerbangan awam dan peningkatan kesalinghubungan antara ASEAN dan EU.

    Mesyuarat seterusnya mengambil maklum bahawa kestabilan, sekuriti dan keamanan dalam ASEAN dan EU adalah terdedah kepada pelbagai ancaman merentas sempadan bersama termasuk keganasan, ekstremisme ganas, serangan siber, pelanggaran sekuriti maritim dan kebebasan pengemudian, perdagangan haram dan penggunaan bahan-bahan nuklear, radiologi, biologi dan kimia serta penyebaran maklumat palsu.

    Oleh yang demikian, mesyuarat turut menekankan pentingnya mengukuhkan kerjasama dalam sekuriti siber seperti yang ditekankan dalam Kenyataan ASEAN-EU bagi Kerjasama Sekuriti Siber yang diguna pakai pada 2019.

    Komitmen Bersama ASEAN-EU

    ASEAN dan EU mengesahkan semula komitmen terhadap integrasi dan kerjasama serantau serta multilateralisme berasaskan peraturan di samping menghormati dan mempromosikan undang-undang antarabangsa dan standard serta norma antarabangsa yang dipersetujui selaras dengan Piagam PBB.

    Mereka juga mengesahkan semula sokongan masing-masing bagi memelihara dan mengukuhkan sistem perdagangan pelbagai hala berasaskan peraturan yang telus, saksama, inklusif, bebas dan terbuka dengan World Trade Organization serta keperluan untuk menangani halangan yang timbul kepada perdagangan antarabangsa.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...