Saturday, May 18, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Meta pulihkan semula akaun sosial Trump

    SAN FRANCISCO, 26 JAN – Meta semalam mengumumkan syarikat itu akan memulihkan akaun Facebook dan Instagram bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dalam tempoh beberapa minggu akan datang sekali gus menamatkan penggantungan selama dua tahun, lapor Xinhua.

    “Sekiranya Trump terus menyiarkan kandungan yang melanggar syarat, kandungan itu akan dikeluarkan dan akaun digantung antara satu bulan hingga dua tahun, bergantung kepada tahap pelanggaran itu,” menurut naib presiden hal ehwal global Meta, Nick Clegg dalam catatan blognya. Meta mengeluarkan peraturan yang dikemas kini bulan ini yang terpakai kepada tokoh awam.

    Facebook menggantung akaun Trump pada 7 Januari 2021, selepas beliau terus menyiarkan kandungan tentang pilihan raya November 2020 selepas penunjuk perasaan menyerbu pusat pentadbiran AS.

    “Keputusan Meta hari ini merupakan detik penting dalam perdebatan mengenai kaedah terbaik untuk mengendalikan kandungan berbahaya yang disiarkan oleh ahli politik di media sosial,” menurut Lembaga Pemantauan Meta dalam catatan blog. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    7 maut dalam banjir kilat di Iran

    TEHRAN, 17 Mei – Sekurang-kurangnya tujuh orang maut dalam banjir kilat susulan hujan lebat di bandar Mashhad di timur laut Iran, lapor agensi berita...