Sunday, April 28, 2024
25.7 C
Brunei

    -

    Michelle Yeoh diiktiraf ikon 2022 Time

    Bintang filem Crazy Rich Asians, Avatar 2, Memoirs Of Geisha, Tomorrow Never Dies iaitu Tan Sri Michelle Yeoh dinobatkan sebagai Ikon Tahun 2022 majalah Time bagi mengiktiraf pencapaian serta kerja keras beliau dalam dunia perfileman sepanjang bergelar pelakon.

    Pengumuman istimewa itu diumum Time menerusi muat naik di Instagram, hantaran berkenaan mendapat lebih 72 ribu tanda suka dan 700 ribu lebih komen membanjiri dengan titipan serta ucapan tahniah kepada Michelle atas pengiktirafan yang diberikan oleh majalah antarabangsa terkemuka itu.

    “Michelle Yeoh ialah Ikon Tahun 2022 Time.

    “Yeoh telah menjadi bintang utama di Asia berdekad. Dia merupakan kuasa besar dalam era kegemilangan filem aksi Hong Kong, berpuluh filem yang berkualiti dan memperoleh reputasi kerana melakukan aksi lagak ngeri.

    “Dan dia menempa nama di Hollywood pada tahun 1997 dalam filem James Bond, Tomorrow Never Dies dan diikuti dengan kejayaan membawa watak dalam filem seterusnya seperti Crouching Tiger, Hidden Dragon, Crazy Rich Asians, dan Shang-Chi and the Legend of Ten Rings. Tetapi, sehingga hit indie tahun ini Everything Everywhere All at Once, di mana Yeoh memegang watak sebagai isteri dan ibu yang perlu menggalas beban menyelamatkan dunia,” tulis Time.

    Melihat pengumuman dari majalah terkemuka berkenaan, Michelle memberi respon balas dengan menitipkan ucapan terima kasih dan mengatakan diri beliau sangat bertuah. – Agensi

    Michelle Yeoh dinobatkan sebagai Ikon Tahun 2022 majalah Time bagi mengiktiraf pencapaian serta kerja keras beliau dalam dunia perfileman. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    4 maut diserang gajah liar di India

    NEW DELHI, 28 APRIL - Sekurang-kurangnya empat orang termasuk pegawai perhutanan maut diserang seekor gajah liar di negeri Assam, timur laut india, lapor Xinhua...