Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Mickelson tersisih aksi Masters

    PARIS, 22 MAC – Juara enam kali, Phil Mickelson dijangka terlepas aksi Kejohanan Golf Masters pada bulan depan buat pertama kali sejak 1994, menurut pengemaskinian yang disiarkan semalam di laman web kejohanan.

    Status Mickelson telah dipersoalkan sejak dia mengkritik Jelajah PGA AS dalam kata-kata yang didedahkan bulan lalu sebagai mengkritik rejim Arab Saudi dan mengambil tempoh ‘rehat’ daripada beraksi selepas memohon maaf atas kritikannya itu.

    Dalam senarai pemain jemputan ke Masters ke-86, yang berlangsung dari 7 hingga 10 April di padang Georgia, nama pemenang Kejohanan PGA 2021 Mickelson telah dikeluarkan daripada senarai pemain yang aktif bertanding di kejohanan itu.

    Senarai itu pada umumnya memaparkan pemain berpengaruh sukan yang telah memenangi jaket hijau, termasuk Jack Nicklaus, Tom Watson dan Nick Faldo.

    Bagaimanapun, senarai itu tidak termasuk Tiger Woods, yang sedang pulih daripada kecederaan kaki yang dialami dalam nahas kereta 13 bulan lalu.

    Persoalan besar yang menyelubungi Mickelson adalah sama ada dia akan mempertahankan kejuaraannya pada Kejohanan PGA, yang akan diadakan pada Mei di Southern Hills di Tulsa, Oklahoma.

    The Masters yang tahun lalu dimenangi pemain Jepun, Hideki Matsuyama, bermula di Augusta National pada 7 April depan. Mickelson adalah juara PGA Amerika Syarikat terbabit dengan siri golf yang disokong Arab Saudi tetapi berdepan reaksi balas mengenai komen yang dibuatnya sekitar November kepada penulis Alan Shipnuck.

    Sebelum penerbitan biografi tanpa kebenaran warga AS itu, Shipnuck mengeluarkan temu bual bulan lalu di mana Mickelson melabelkan rejim Arab Saudi sebagai ‘menakutkan’ namun berkata projek itu adalah ‘peluang sekali seumur hidup untuk membentuk semula bagaimana Jelajah PGA beroperasi’. – AFP

    Gambar fail menunjukkan Phil Mickelson berjalan di padang dalam pusingan pertama kejohanan golf Northern Trust di Padang Golf Liberty di bandar Jersey, New Jersey. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...