Saturday, May 18, 2024
29.7 C
Brunei

    -

    MUAFIQ 23 labuh tirai

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 MEI – Muktamar Antara-bangsa Fiqh Al-Usrah 2023 (MUAFIQ 23) telah melabuhkan tirai dengan majlis penutup yang berlangsung di Dewan Tarbiyah Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), kelmarin.

    Majlis dihadiri oleh lebih kurang 200 peserta, termasuk pegawai-pegawai dan kakitangan pelbagai kementerian dan agensi swasta.

    Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis yang dihadiri oleh lebih kurang 200 orang peserta, termasuk pegawai-pegawai dan kakitangan pelbagai kementerian dan agensi swasta, itu ialah Setiausaha Tetap (Kemasyarakatan) di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Hajah Norashikin binti Haji Johari, dan Raes KUPU SB, Dr Haji Adanan bin Haji Basar, Pada majlis itu, resolusi dibentangkan oleh Fakulti Pendidikan Sains Kemasyarakatan, KUPU SB, Profesor Madya Dr Mohd Shahril bin Ahmad Razimi, selaku ketua bahagian kertas kerja, perumus dan pelapor muktamar.

    Resolusi-resolusi tersebut termasuk memperkasakan institusi keluarga dengan mengamalkan sunnah Rasulullah SAW dalam kehidupan seharian, membudayakan institusi keluarga melalui amalan Islami seperti solat berjemaah dan pemakanan sihat, menjaga kebersihan diri dan persekitaran rumah, membaca doa-doa Ma’thur dan zikir-zikir harian, serta memperkukuh kerjasama dengan pihak berwajib di dalam dan luar negara dalam mempromosikan pembinaan keluarga bahagia bertauladankan Rasulullah SAW dalam kalangan masyarakat di negara ini.

    Majlis juga menyaksikan penyampaian sijil kepada para pembentang kertas utama dan penyampaian cenderamata kepada tetamu kehormat.

    Profesor Madya Dr Mohd Shahril membentangkan resolusi muktamar pada majlis tersebut.
    Hajah Nor Ashikin semasa menghadiri majlis penutup MUAFIQ 23 di Dewan Tarbiyah KUPU SB.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    7 maut dalam banjir kilat di Iran

    TEHRAN, 17 Mei – Sekurang-kurangnya tujuh orang maut dalam banjir kilat susulan hujan lebat di bandar Mashhad di timur laut Iran, lapor agensi berita...