Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Myanmar: ASEAN perlu rangka formula baharu

    BANGKOK, 7 OGOS – ASEAN perlu merangka formula baharu untuk menyelesaikan krisis di Myanmar, kata ahli pengasas Majlis Penasihat Khas Myanmar (SAC-M), Yanghee Lee.

    “Konsensus Lima Perkara (5PC) jelas tidak berkesan,” katanya dalam satu kenyataan.

    5PC, yang dipersetujui ketika Mesyuarat Pemimpin ASEAN (ALM) di Jakarta pada April 2021, menyeru agar keganasan dihentikan segera di negara itu, diadakan dialog melibatkan semua pihak yang berkenaan, pelantikan utusan khas ASEAN untuk memudahkan pengantaraan, penyediaan bantuan kemanusiaan oleh ASEAN, dan lawatan utusan khas ke Myanmar untuk bertemu semua pihak berkaitan.

    Bagaimanapun, 5PC telah gagal membuahkan hasil seperti yang diharapkan selepas lebih satu tahun persetujuan mengenai perkara itu dimeterai.

    Lee berkata pemimpin ASEAN perlu berhenti berharap ketua tentera Jeneral Kanan Min Aung Hlaing untuk melaksanakan 5PC.

    Menteri Luar Kemboja, Prak Sokhonn bercakap semasa sidang media selepas Mesyuarat Menteri Luar Negeri ASEAN ke-55 di Phnom Penh, Kemboja pada 6 Ogos. Menteri-menteri Luar dari sembilan daripada 10 negara anggota ASEAN mengakhiri Mesyuarat AMM-55 dan Mesyuarat-mesyuarat Berkaitan pada Jumaat dengan menyuarakan kekecewaan mereka terhadap komitmen dan kemajuan kurang memberangsangkan yang ditunjukkan junta Myanmar dalam melaksanakan 5PC. – AP

    “Rampasan kuasanya gagal… beliau tidak mempunyai strategi,” katanya.

    Menteri-menteri Luar dari sembilan daripada 10 negara anggota ASEAN mengakhiri Mesyuarat Menteri-menteri Luar ASEAN ke-55 (AMM-55) dan Mesyuarat-mesyuarat Berkaitan selepas bersidang tiga hari di Phnom Penh pada Jumaat dengan menyuarakan kekecewaan mereka terhadap komitmen dan kemajuan kurang memberangsangkan yang ditunjukkan junta Myanmar dalam melaksanakan 5PC.

    Menteri Luar Myanmar Wunna Maung Lwin tidak dijemput menghadiri AMM-55.

    Dalam Pernyataan Bersama selepas AMM-55, blok itu juga memaklumkan bahawa Sidang Kemuncak ASEAN pada November adalah platform untuk menilai kemajuan pelaksanaan 5PC oleh Majlis Pentadbiran Negeri di bawah junta bagi membimbing keputusan mengenai langkah yang perlu diambil seterusnya.

    Keputusan boleh dibuat oleh Sidang Kemuncak ASEAN dalam situasi di mana konsensus antara 10 negara anggota ASEAN tidak dapat dicapai, menurut Perkara 20 Piagam ASEAN.

    Sementara itu, seorang lagi pengasas SAC-M, Marzuki Darusman berkata keputusan Mesyuarat Menteri-menteri ASEAN telah meletakkan asas yang kukuh untuk penilaian Pemimpin ASEAN pada November.

    “Sidang kemuncak (November) mesti menjadi titik perubahan bagi ASEAN.

    “Semakin lambat ASEAN mengambil sebarang tindakan, semakin besar penderitaan rakyat Myanmar.

    “Sekurang-kurangnya, keganasan mesti dihentikan.

    “Junta perlu menanggung akibat dan semua mata bakal tertumpu kepada Sidang Kemuncak itu untuk mengambil sebarang tindakan,” katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...