Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Nadal terus buru mahkota Wimbledon

    LONDON, 5 JULAI – Rafael Nadal mara ke suku akhir Wimbledon kelmarin dan bakal menempah pertemuan penting menentang Nick Kyrgios, yang mempamerkan persembahan terbaiknya dalam kemenangan lima set perlawanan baru-baru ini.

    Nadal memulakan kempennya di Kelab All England dengan rentak yang perlahan tetapi kini dia berada dalam prestasi yang terbaik untuk memburu mahkota Wimbledon yang ketiga.

    Semasa perlawanan kelmarin, dia tidak menunjukkan sebarang belas kasihan kepada pilihan ke-21 Belanda, Botic van de Zandschulp dalam pertembu-ngan mereka di Centre Court dan memastikan kebangkitan semula dengan kemenangan 6-4, 6-2, 7-6 (8/6).

    “Saya bermain dengan cara yang positif namun sehingga tamat perlawanan, corak permainan saya sedikit kacau,” kata pilihan kedua Sepanyol itu.

    “Secara peribadi, untuk mara ke suku akhir selepas tiga tahun adalah pera-saan yang sangat menakjubkan bagi saya. Saya berasa sangat gembira dengan keputusan yang diperoleh,” tambahnya.

    Nadal menjinakkan lawannya lima kali dalam perlawanan tersebut sekali gus memanfaatkan mata perlawanan keempatnya untuk mara ke suku Wimbledon buat kali yang kelapan.

    Jika juara Grand Slam 22 kali itu menewaskan pilihan ke-11, Taylor Fritz dan Kyrgios berjaya mengatasi pemain Chile, Cristian Garin, mereka akan bertemu dalam separuh akhir yang dinanti-nantikan peminat pada Jumaat nanti. – AFP

    Reaksi Rafael Nadal selepas memenangi satu mata dalam perlawanan pusingan keempat perseorangan lelaki pada hari kelapan kejuaraan tenis Wimbledon di London kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...