Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Neelofa belum sedia kongsi wajah Bilal

    Hampir tiga bulan melahirkannya cahaya mata, ramai peminat yang tak sabar melihat wajah putera sulung selebriti terkenal Neelofa iaitu Muhammad Bilal.

    Menyedari kerap menerima pertanyaan yang sama, isteri kepada Pencetus Ummah Harris Ismail atau PU Riz ini memberitahu dia mungkin akan berkongsi keletah anaknya jika anak damit itu sudah kuat dan sesuai untuk ditunjuk kepada umum.

    Neelofa juga berkata, dia berhati-hati dalam berkongsi tentang anaknya bagi mengelakkan penyakit ain.

    “Untuk yang bertanya fasal Bilal, tidak berhenti tanya saya pasal Bilal saja, ramai yang menasihati saya benda yang sama.

    “Mungkin ada baiknya juga kita tidak kongsi-kongsikan dulu kan. Untuk mengelakkan ain, atau pun nanti bagi dia besar dahulu, kuat dahulu. Bagi masa dan ruang,” kata Neelofa.

    Ramai peminat yang tidak sabar melihat wajah putera sulung selebriti terkenal Neelofa iaitu Muhammad Bilal. – Agensi

    Selebriti berusia 33 tahun itu berkongsi perkara tersebut ketika melakukan sesi siaran langsung di laman sosial Instagram kelmarin.

    Sesi IG Live tersebut juga turut disertai rakan baiknya yang juga pelakon Izara Aishah bagi mempromosikan koleksi tudung raya. Dalam pada itu, bekas pengacara program MeleTOP ini mengucapkan terima kasih kepada semua yang memahami situasinya.

    “Terima kasih kepada yang memahami,” ujarnya secara ringkas.

    Menerusi temu bual mStar bersama ibu kepada Neelofa, Datin Noor Kartini berkata dia menghormati keputusan Neelofa yang masih belum bersedia berkongsi gambar Bilal kepada umum.

    Malah katanya, keluarga terdekat juga masih belum melihat wajah cucunya itu. Untuk rekod, Neelofa mendirikan rumah tangga dengan pendakwah Harris Ismail pada 27 Mac tahun lalu.

    Pasangan selebriti terkenal itu dikurniakan cahaya mata lelaki yang diberi nama Muhammad Bilal pada 29 Januari lalu. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...