Sunday, April 28, 2024
24.6 C
Brunei

    -

    Villarreal lakar sejarah benam Juve

    TURIN, 17 MAC – Villarreal mara ke suku akhir Liga Juara-Juara selepas melakarkan kemenangan 3-0 mengatasi Juventus di Turin seterusnya menang dengan agregat 4-1.

    Penalti daripada Gerard Moreno, gol dari Arnaut Danjuma serta Pau Torres menyempurnakan penalti pada suku terakhir perlawanan sudah cukup buat pasukan Unai Emery menewaskan skuad dari Itali itu di Stadium Allianz Stadium.

    “Ia adalah malam yang ajaib,” kata Moreno.

    “Kami fikir kami boleh lakukannya, kami sentiasa menunjukkannya dalam perlawanan besar yang kami sertai, pasukan berikan yang terbaik.

    “Kami sentiasa mahu berada di sana bersama pasukan terbaik di Eropah, kami akan terus bermimpi dan melakukannya bersama-sama.”

    Reaksi Pau Torres selepas menjaringkan gol dalam perlawanan di antara Juventus dan Villarreal di stadium Juventus di Turin pada 16 Mac 2022. – AFP

    Penyandang juara Liga Europa, Villarreal mengejutkan Juve dengan tiga gol menakjubkan selepas menghabiskan sebahagian besar perlawanan di bahagian belakang untuk menghalang serangan bertali arus dari tuan rumah yang semakin kurang ketajaman ketika perlawanan berlangsung.

    Kekalahan memalukan itu adalah yang kedua buat Juve sejak penghujung November dan melemahkan prestasi pasukan itu yang kini terpaksa berusaha keras untuk perebutan kejuaraan liga di laman sendiri.

    Skuad kendalian Massimiliano Allegri diejek oleh penyokong tuan rumah yang menyaksikan pasukan itu gagal mengekalkan momentum permainan sehingga tersingkir daripada pertandingan.

    Kini tiada satu pun wakil dari Itali dalam aksi Liga Juara-Juara musim ini selepas Villarreal berjaya menewaskan skuad dari Serie A itu.

    “Untuk 75 minit pertama kami bermain dengan baik, kami mempunyai peluang untuk menjaringkan gol pada separuh masa pertama.

    “Mereka meletakkan pemain mereka di belakang bola dan episod yang mengubah corak perlawanan,” kata Allegri. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...