Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Nelayan Amazon mengaku bunuh 2 lelaki yang hilang

    MANAUS, BRAZIL, 16 JUN – Seorang nelayan mengaku membunuh seorang wartawan Britain dan pakar orang asli di kawasan terpencil Amazon Brazil serta membawa polis ke tapak di mana mayat mangsa ditemui, kata seorang penyiasat persekutuan kelmarin.

    Pihak berkuasa berkata kelmarin tanpa memberikan sebarang butiran, bahawa mereka menjangkakan lebih banyak tangkapan akan dibuat tidak lama lagi dalam kes wartawan bebas Dom Phillips dan Bruno Pereira dari Brazil, yang hilang pada 5 Jun lalu.

    Sementara itu, penyiasat Eduardo Alexandre Fontes berkata, Amarildo da Costa de Oliveira, 41, yang digelar Pelado, memberitahu pegawai bahawa dia menggunakan senjata api untuk membunuh dua orang lelaki berkenaan.

    “Kami tidak akan mempunyai cara untuk sampai ke tempat itu dengan cepat tanpa pengakuan, yang dibuat,” kata Torres mengenai tempat di mana polis menemui mayat manusia kelmarin selepas diketuai oleh Pelado.

    Torres juga berkata, mayat tersebut dijangka dikenal pasti dalam beberapa hari dan jika disahkan sebagai dua orang lelaki yang hilang, mereka “akan dikembalikan kepada keluarga mereka.”

    Keluarga Pelado sebelum ini memberitahu bahawa dia menafikan sebarang salah laku dan mendakwa polis menyeksanya untuk cuba mendapatkan pengakuan.

    Seorang lagi pegawai polis Amazonas, Guilherme Torres berkata, bot lelaki yang hilang itu masih belum ditemui tetapi polis mengetahui kawasan yang kononnya disembunyikan oleh mereka yang terlibat dalam jenayah tersebut.

    Selepas berita mengenai penemuan mayat manusia berkenaan, isteri Phillips, Alessandra Sampaio, berkata, penemuan itu “mengakhiri ke-sedihan kerana tidak mengetahui di mana Dom dan Bruno berada.” – AP

    Oseney da Costa de Oliveira (kanan) dibawa keluar dari mahkamah di Atalia do Norte, negeri Amazonas, Brazil, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...