Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Nia Ramadhani sedia kembali berlakon

    Selepas selesai menjalani proses pemulihan akibat penyalahgunaan dadah sejak 29 Mac lalu, pelakon Nia Ramadhani dikatakan sedia untuk kembali aktif di dunia lakonan.

    Perkara tersebut dijelaskan oleh peguam yang mewakili Nia iaitu Nur Zainab yang turut memberitahu pelakon tersebut telah sembuh sepenuhnya daripada masalah dadah.

    “Menurut keterangan daripada keluarga terdekat, Nia kini sudah sembuh dan bersedia untuk berdepan dengan orang ramai.

    “Dia juga sedia untuk kembali ke dunia hiburan. Lihat sahaja dirinya ketika perbicaraan baru-baru ini dan dia dalam keadaan baik,” jelasnya seperti yang dipetik dari Detik Hot.

    Nia ditahan pihak polis bersama suaminya, Ardi Bakrie dan pemandu mereka pada Julai tahun dan mahkamah sebelum ini memutuskan ketiga-tiga mereka dikenakan hukuman penjara selama setahun. – Agensi

    Nia Ramadhani sedia untuk kembali aktif di dunia lakonan selepas selesai menjalani proses pemulihan akibat penyalahgunaan dadah sejak 29 Mac lalu. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...