Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Nigeria bergelut banjir paling teruk

    ABUJA, NIGERIA, 20 SEPT – Nigeria sedang bergelut banjir paling teruk dalam satu dekad dengan lebih 300 orang terbunuh pada 2022 termasuk sekurang-kurangnya 20 pada minggu ini, beritahu pihak berkuasa kepada The Associated Press semalam, mengakui situasi ‘berada di luar kawalan kami.’

    Banjir di 27 daripada 36 negeri Nigeria dan bandar ibu negara telah menjejaskan setengah juta orang termasuk 100,000 yang kehilangan tempat tinggal, menurut Agensi Pengurusan Kecemasan Kebangsaan Nigeria. Lebih daripada 500 orang mengalami kecederaan.

    Bencana itu juga memusnahkan ribuan hektar tanah ladang, memburukkan kebimbangan mengenai gangguan bekalan makanan di negara yang mempunyai paling ramai populasi. Sejak 2021, kematian akibat banjir ini adalah yang tertinggi pernah kami catat,” kata Manzo Ezekial, jurucakap agensi pengurusan bencana.

    Semalam, agensi pengurusan bencana Nigeria mengeluarkan amaran kepada lebih 12 negeri mengenai ‘kesan serius’ pada minggu-minggu akan datang ketika dua empangan negara mulai melimpah airnya.

    “Saya ingin menasihatkan kerajaan negeri supaya memindahkan komuniti yang berisiko dibanjiri, mengenal pasti kawasan lebih selamat untuk pemindahan dan menyediakan bekalan makanan dan bukan makanan secukupnya,” kata ketua NEMA Mustapha Habib Ahmad. – AP

    Penduduk berjalan mengharungi air banjir selepas hujan lebat di Hadejam Nigeria pada 19 September 2022. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...