Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Nora terkilan selebriti jadikan isu panas sebagai publisiti

    Penyanyi, Datuk Nora Ariffin tampil bersuara selepas pelbagai isu panas yang melibatkan segelintir golongan selebriti kini sedang hangat dibincangkan warganet di media sosial.

    Menerusi Insta Stories, Nora menceritakan bahawa selebriti pada zaman dahulu sangat takut untuk terlibat dengan perihal yang negatif kerana ia boleh menjejaskan pendapatan mereka.

    “Artis dulu-dulu, takut untuk terlibat dengan isu-isu negatif sebab takut kena bann, tak boleh cari makan, terjejas income,” dedah Nora.

    Walaubagaimanapun, Nora akui zaman sekarang sudah berbeza kerana setiap isu panas yang tular kini dianggap sebagai publisiti dan pemasaran percuma buat sesetengah pihak.

    “Tapi sekarang dah lain. Isu-isu panas dan tular dianggap publisiti, promosi dan free marketing,” katanya

    Terdahulu, nama Nora menjadi perhatian selepas difitnah memaksa suaminya menceraikan isteri pertama. Untuk informasi, Nora telah selamat mendirikan rumah tangga dengan kawan baik arwah suaminya, Allahyarham Johan Nawawi iaitu Dr Rushdi Ramli dalam sebuah majlis tertutup pada Disember 2021. – Agensi

    Nora menceritakan bahawa selebriti pada zaman dahulu sangat takut untuk terlibat dengan perihal yang negatif kerana ia boleh menjejaskan pendapatan mereka. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...