Thursday, May 9, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Nubhan naik hantu sudah tiga kali kucing kesayangan hilang

    Penyanyi Nubhan Ahmad berang apabila kucing kesayangan peliharaannya hilang sejak tiga hari lalu dipercayai dicuri oleh orang lain.

    Menurut Nubhan, 36, ini bukan kali pertama kejadian ini berlaku, malah jiran tetangga juga pernah mengadu mengalami nasib sama.

    Kata Nubhan, dia tidak menolak kemungkinan ada individu tidak bertanggungjawab telah mencuri kucing-kucing di kawasan berkenaan.

    “Kalau sudah tiga kali kucing saya hilang memang boleh buat naik hantu. Beberapa bulan lepas dua ekor kucing saya hilang macam tu je. Memang pelik!,” katanya.

    Nubhan sebelum itu memuat naik satu beberapa video di Instastory miliknya baru-baru ini meluahkan rasa marah atas kejadian yang berlaku.

    Nubhan mendedahkan dia naik hantu selepas kucing kesayangan hilang. Perkara tersebut berlaku beberapa kali. – Agensi

    Meskipun kucing tersebut telah dijumpai, Nubhan bimbang perkara sama akan berulang di masa akan datang.

    Tambah Nubhan apa yang membuatkan dia berasa kesal dan sedih adalah kerana kucing-kucing berkenaan adalah haiwan kesayangan anak-anaknya.

    Kehilangan kucing itu sedikit sebanyak memberi kesan emosi kepada anaknya itu.

    “Biasa kucing akan tahu balik sendiri jika dia sesat atau hilang tetapi pengalaman sebelum ini memang tidak balik langsung.

    “Sedihlah apabila kucing yang menjadi kesayangan anak-anak hilang begitu sahaja.

    “Orang yang sudah biasa memelihara haiwan ini akan faham bagaimana perasaannya kehilangan kucing,” jelasnya.

    Lebih membuatkan Nubhan terkilan lagi apabila kucing pertama yang hilang beberapa bulan lalu adalah dari baka British Shorthair. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pegawai Korea Utara bantu bina dinasti Kim meninggal dunia

    PYONGYANG, 8 MEI - Kim Ki Nam, ketua propaganda Korea Utara yang membantu membina kultus personaliti di sekitar tiga pemimpin dinasti negara itu, telah...