Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Operator tol Salik bakal disenaraikan

    DUBAI, EMIRIAH ARAB BERSATU, 5 SEPT – Operator palang tol Dubai, Salik mengumumkan hari ini ia akan membuat tawaran awam di pasaran saham negara itu, menjadikannya syarikat terbaharu yang disenaraikan.

    Salik merancang menawarkan 1.5 bilion saham, atau 20 peratus daripada nilai syarikat, dalam satu penyenaraian di Pasaran Kewangan Dubai. Salik berkata ia akan menawarkan harga sesaham pada 22 September, seminggu sebelum saham diniagakan di bursa saham tersebut.

    Ia merupakan sebahagian pelan lebih besar yang diumumkan pada November lalu oleh Sheikh Maktoum bin Mohammed Al Maktoum, anak lelaki pemerintah Dubai, Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum, untuk menyenaraikan 10 industri negeri di pasaran saham untuk merangsang profil syarikat dan mengumpul modal baharu untuk emiriah itu.

    Namun setakat ini, keputusan adalah bercampur untuk pelabur ketika utiliti tenaga Dubai kini diniagakan lebih rendah daripada sesi pembukaan perniagaan.

    Salik mula mengenakan tol kepada pemandu di lebuh raya Sheikh Zayed pada 2007. Hari ini, ia mempunyai lapan palang tol yang mengenakan pemandu 4 dirham ketika mereka melalui menerusi tag pengecaman frekuensi radio dalam kereta mereka. Kerajaan Dubai kekal menjadi pemegang saham terbesar dengan 80 peratus daripada sahamnya selepas IPO.

    Salik telah menjadi sumber pendapatan untuk Pihak Berkuasa Jalan dan Pengangkutan negara. Kira-kira 3.6 juta kenderaan di Emiriah Arab Bersatu mempunyai tag Salik. Salik melaporkan keuntungan berjumlah lebih AS$353 juta, kira-kira 370 juta pemandu dikenakan bayaran melalui palang tolnya, menurut keputusan kewangan yang disiarkan dalam akhbar hari ini. – AP

    Gambar fail menunjukkan lalu lintas di Jalan Raya Sheikh Zayed di Dubai, Emiriah Arab Bersatu. Salik mengumumkan kelmarin ia akan membuat tawaran awam di pasaran saham negara, menjadi syarikat terbaharu yang disenaraikan. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Saintis China bina model 3D embrio manusia berusia 3 minggu

    BEIJING, 25 APRIL - Para saintis China membina semula model 3D embrio manusia dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas persenyawaan, yang membuka laluan...