Sunday, May 19, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Pandu kereta: Pelajar Tingkatan Satu ditahan

    SEBERANG PERAI, 1 JUN – Polis menahan seorang remaja lelaki berusia 13 tahun selepas videonya memandu sebuah kereta di Jalan Rozhan, Machang Bubok, di sini semalam tular menerusi media sosial.

    Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah ACP Tan Cheng San berkata remaja itu ditahan di rumahnya di Taman Machang Bubok kira-kira 8 malam tadi susulan tular video berdurasi 32 saat tersebut.

    “Polis telah mengesan sebuah video memaparkan seorang remaja lelaki memandu kereta jenis Proton Iswara Aeroback bersama beberapa rakannya pada 3 petang semalam.

    Susulan itu, polis menjalankan risikan dan berjaya menahan pelajar Tingkatan Satu berkenaan.

    “Polis turut menahan ibu remaja itu yang berusia lewat 40an dan menyita kereta tersebut bagi siasatan lanjut. Polis juga sedang mengesan beberapa lagi rakan remaja berkenaan untuk siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Menurut Tan, wanita dan anak lelakinya itu dibebaskan selepas keterangan mereka direkodkan.

    Beliau berkata remaja lelaki itu dikenakan tindakan mengikut Seksyen 26 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 iaitu memandu tanpa lesen dan Seksyen 39 (1) akta sama kerana memandu kenderaan motor di bawah umur. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Helikopter presiden Iran ‘kemalangan’

    TEHRAN, 19 MEI - Sebuah helikopter yang membawa konvoi Presiden Iran, Ebrahim Raisi terlibat dalam ‘kemalangan’ hari ini, lapor media negara itu, tanpa menyatakan...