Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Pelajar SMSA hadiri sesi suai kenal

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 3 JAN – Para pelajar di seluruh negara mula kembali ke sekolah apabila sesi akademik persekolahan baharu untuk tahun 2022 bermula pada hari ini.

    Salah sebuah sekolah yang mengalu-alukan pelajar Tahun 10 dan Tahun 11 di Daerah Belait ialah Sekolah Menengah Sayyidina Ali (SMSA). Dalam mematuhi peraturan dan garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pendidikan, pelajar telah menjalani ujian pantas antigen (ART) serta menghadiri sesi suai kenal selama sejam.

    Bercakap kepada pengetua sekolah, Steven Shim Sheau Hui, beliau menjelaskan sesi suai kenal bertujuan membantu pelajar menyesuaikan diri dengan norma baharu sejak sesi persekolahan terakhir mereka pada 7 Ogos tahun lalu.

    “Dalam tempoh lima bulan pembelajaran terhenti di sekolah, kami telah melaksanakan pelbagai prosedur ope-rasi standard (SOP) berdasarkan garis panduan yang ditetapkan Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pendidikan.

    Selain itu, sesi suai kenal juga bertujuan membantu memperkukuhkan pembelajaran dalam talian yang dilancarkan setahun lalu ketika sekolah beralih kepada pembelajaran campuran yang terdiri daripada pembelajaran dalam talian serta pembelajaran di bilik darjah.

    Menurut pengetua, dalam mengalu-alukan kepulangan pelajar ke sekolah, kakitangan dan guru juga mengambil langkah berjaga-jaga tambahan untuk menjamin kesihatan dan keselamatan pelajar serta guru.

    “Kami menasihatkan guru-guru supaya mendapatkan suntikan vaksin lengkap dan menjalani ujian ART setiap dua minggu, dan bagi mereka yang belum menerima suntikan vaksin lengkap perlu menjalani ujian ART setiap dua hari,” tekannya.

    SMSA juga akan mengalu-alukan pelajar baharu Tahun 7 dengan majlis suai kenal yang diadakan dalam talian mulai 4 Januari.

    Antara guru dan kakitangan SMSA menjalankan ujian ART untuk pelajar.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...