Saturday, March 25, 2023
22.9 C
Brunei

-

Pelakon Squid Game menang anugerah Pelakon Terbaik

Pelakon Korea, Lee Jung Jae memenangi Anugerah Pelakon Siri dan Drama Penstriman dalam satu acara Anugerah Televisyen Hollywood Critics Association 2022.

Pemenang lain terdiri daripada Tom Hiddleston (Loki), Gary Oldman (Slow Horses), Adam Scott (Severance), Henry Cavill (The Witcher), Jason Bateman (Ozark), Penn Badgely (You), dan pelakon Lucifer iaitu Tom Ellis.

Lee Jung Jae memainkan watak utama Squid Game iaitu Sung Ki Hoon dan sejak itu mendapat perhatian antarabangsa disebabkan oleh kebolehan beliau berlakon.

Dia menjadi pelakon Asia pertama yang memenangi anugerah Pelakon Terbaik dalam beberapa acara antaranya Anugerah Screen Actors Guild (SAG) ke-28, Anugerah Pilihan Pengkritik, Anugerah Independent Spirit dan Anugerah Super Critic’s Choice.

Dia juga menjadi calon dalam Anugerah Emmy bagi kategori Pelakon Utama Drama Bersiri.

Bukan sahaja pakar dalam berlakon, Lee Jung Jae juga menceburi bidang pengarah perfilman dalam satu filem “Hunt” yang diterbitkan pada 10 Ogos dan memperoleh lebih 2 juta tontonan setakat 16 Ogos. – Agensi

Lee Jung Jae mula menempa nama di persada antarabangsa selepas menjadi watak utama Squid Game. – Agensi
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea S, Jepun tingkat kerjasama

TOKYO, 23 MAC - Jepun dan Korea Selatan hampir serentak menarik tuntutan eksport mereka terhadap satu sama lain sebagai tanda terbaharu hubungan yang bertambah...
- Advertisment -