Sunday, March 26, 2023
27.2 C
Brunei

-

Pelitup muka diwajibkan semula di New Delhi

NEW DELHI, 11 OGOS – Ibu negara India memperkenalkan semula mandat pemakaian pelitup muka hari ini ketika kes COVID terus meningkat di seluruh negara.

Kerajaan New Delhi mengembalikan semula denda 500 rupee untuk sesiapa yang ditangkap tidak memakai pelitup muka di khalayak ramai.

Kementerian Kesihatan India berkata 16,299 kes baharu dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu di seluruh negara, dengan kadar kes positif pada 4.58 peratus. Hampir 2,150 jangkitan dilaporkan di New Delhi.

Semalam, New Delhi melaporkan lapan kematian akibat koronavirus, angka tertinggi dalam hampir enam bulan. – AP

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Xi jemput Sanchez adakan lawatan negara

MADRID, 24 MAC - Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez telah menerima jemputan daripada Presiden China, Xi Jinping untuk membuat lawatan negara ke Beijing ketika...
- Advertisment -