Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Peluang Verstappen raih kejuaraan dunia

    SUZUKA, JEPUN, 5 OKT – Pemandu Red Bull kelahiran Belanda, Max Verstappen mempunyai satu lagi peluang untuk meraih gelaran juara dunia dua kali berturut-turut apabila Grand Prix Jepun kembali di Suzuka pada hujung minggu selepas tiga tahun ditangguhkan akibat penularan COVID.

    Pendahulu carta itu gagal meraih kemenangan minggu lalu di Grand Prix Singapura, tetapi dia akan memenanginya di Jepun sekiranya dia berjaya menang dan pencabar terdekatnya, Charles Leclerc mena-matkan kedudukan lebih rendah daripada tempat kedua.

    Verstappen mengumpul 104 mata di hadapan dan dia perlu melanjutkan kepada 112 mata untuk meraih kejuaraan selepas perlumbaan pada hujung minggu nanti.

    Sekiranya Verstappen meraih lapan mata di hadapan Leclerc dan enam mata di hadapan rakan sepasukannya, Sergio Perez, yang memenangi perlumbaan di Singapura, dia hanya akan menjadi tiga pemandu selepas Michael Schumacher dan Sebastian Vettal untuk menjulang kejuaraan dengan baki empat perlumbaan.

    Sejarah menunjukkan kelebihan memihak kepada pemandu berusia 25 tahun itu, dengan 12 orang pemandu Formula Satu dinobatkan sebagai juara di Grand Prix Jepun.

    “Ini bukan kedudukan yang kami inginkan tetapi kami akan menumpukan kepada perlumbaan di Jepun,” kata Verstappen selepas perlumbaan tidak menentu di Singapura apabila dia menamatkan saingan di tangga kelima sekali gus mengakhiri kemenangan dalam lima perlumbaan berturut-turut.

    Verstappen tidak pernah menang di Jepun dan menyasarkan untuk bangkit daripada kekecewaan di Singapura, di mana dia memulakan perlumbaan dari barisan kelapan.

    Grand Prix Jepun tidak diadakan sejak 2019 disebabkan oleh pandemik, ketika ia dimenangi oleh Valtteri Bottas yang mewakili Mercedes. – AFP

    Aksi pemandu Red Bull, Max Verstappen semasa sesi kelayakan menjelang perlumbaan di GP Singapura, 1 Oktober. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    PM Jepun akan lawat Perancis, Brazil dan Paraguay

    TOKYO, 26 APRIL - Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida akan melawat Perancis, Brazil dan Paraguay minggu depan ketika negaranya berusaha untuk meningkatkan hubungan dengan...