Sunday, June 4, 2023
27 C
Brunei

    -

    Pemain bola sepak remaja sertai kelab Singapura

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 MEI – Tiga orang pemain bola sepak remaja negara berlepas meninggalkan negara bagi bermain bersama pasukan Woodlands Warriors FC di Singapura selama tiga bulan.

    Mohammad Adrian Zikry bin Mohammad Nor Khairi, Mohammad Adrian Zizry bin Mohammad Nor Khairi dan Awang Safwan Zawawi bin Awang Sazalee yang merupakan pemain kebangsaan negara bawah umur 16 tahun dan bermain untuk pasukan DPMM FC bawah umur 20 tahun terpilih menyertai Woodlands Warriors FC dalam pertandingan bola sepak remaja Asia, Piala Antarabangsa Garuda III tahun 2023 yang dijadualkan berlangsung pada 6 hingga 9 Julai 2023 bertempat di ASIOP Training Ground.

    Semasa ditemui pihak media, Mohammad Adrian Zikry yang pada masa ini sedang menuntut di Sekolah Menengah Katok mengongsikan perasaan syukur kerana terpilih untuk bermain bersama pasukan luar negara dan berharap dapat melakukan yang terbaik serta menimba sebanyak-banyak pengalaman yang boleh dari sana.

    Sementara itu, adik kembarnya Mohammad Adrian Zizry yang juga teruja bermain untuk pasukan Woodland Warriors berkesempatan mengucapkan kata-kata penghargaan kepada ibu bapa mereka, jurulatih dan rakan-rakan mereka yang sentiasa memberi sokongan kepadanya selama ini khususnya kepada jurulatih Shahfie dari Singapura iaitu Ketua Jurulatih Woodland Warriors untuk memberi mereka peluang bermain dengan pasukan tersebut.

    Mohd Adrian Zikry, Mohd Adrian Zizry dan Awang Safwan Zawawi semasa berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Kerja menyelamat kemalangan kereta api korbankan lebih 300 orang ditamatkan

    BALASORE, 4 JUN - Selepas kerja menyelamat selesai, pihak berkuasa mula membersihkan serpihan dua kereta api penumpang yang tergelincir di timur India, membunuh lebih...
    - Advertisment -