Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Pemberian Booster kedua mulai 15 Jun

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 JUN – Bermula 15 Jun, pemberian vaksin penggalak kedua COVID akan dibukakan secara sukarela bagi mereka yang dalam kategori-kategori tertentu.

    Pemberian vaksin penggalak kedua itu diputuskan setelah mengambil kira dapatan-dapatan kajian saintifik yang menunjukkan warga emas dan mereka yang mempunyai keadaan terimunokompromi adalah berisiko lebih tinggi untuk mendapat kesan yang berat daripada jangkitan COVID walaupun telah mendapatkan vaksinasi penggalak pertama sebelum ini.

    Perkara itu disampaikan oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar semasa Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam, yang diadakan di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan, hari ini.

    Yang Berhormat Dato seterusnya menerangkan bahawa kategori-kategori yang dimaksudkan ialah golongan yang berumur 80 tahun ke atas; mereka yang berumur 60 tahun ke atas yang menghidap penyakit kronik; orang-orang berumur 18 tahun ke atas yang mempunyai keadaan terimunokompromi dan pekerja penjagaan kesihatan dan pekerja barisan hadapan yang terdedah kepada risiko jangkitan yang tinggi.

    “Pemberian dos penggalak kedua COVID ini boleh didapati di pusat-pusat suntikan tertentu sahaja dan hanya akan diberikan setelah lima bulan selepas menerima dos penggalak pertama COVID,” jelas Yang Berhormat Dato.

    Semasa sidang media itu juga, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham turut mengalu-alukan kepada orang ramai yang memenuhi kriteria-kriteria tersebut untuk mendapatkan dos tambahan itu.

    Yang Berhormat Menteri Kesihatan semasa mengumumkan mengenai pemberian dos penggalak kedua pada sidang media kelmarin.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...