Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Pembinaan kereta elektrik AS$5.5b hampir diluluskan

    SAVANNAH, GEORGIA, 20 JULAI – Agensi pembangunan ekonomi tempatan yang bekerjasama dengan pegawai Georgia mempersetujui tawaran untuk melantik Kumpulan Hyundai Motor agar membina kilang pembuatan kereta elektrik bernilai AS$5.5 bilion berhampiran Savannah kelmarin, walaupun butiran mengenai cukai dan insentif lainnya masih lagi dalam perbincangan.

    Pihak berkuasa pembangunan bersama bersetuju untuk membuat perjanjian yang mewakili empat daerah di tenggara Georgia, ia akan membatalkan pembayaran pelepasan cukai jutaan dolar sebagai pertukaran untuk lebih kurang 8,100 peluang pekerjaan yang dijanjikan oleh Hyundai.

    Pegawai berkata mereka tidak akan mengeluarkan maklumat mengenai pakej insentif sehingga kerajaan dan Hyundai menandatangani perjanjian itu, berkemungkinan ia akan dibuat pada minggu ini.

    “Saya fikir ia sangat adil dan saksama,” kata Ketua Autoriti Pembangunan Ekonomi Savannah, Trip Tollison mengenai perjanjian itu. “Saya fikir ia mewakili apa yang diperlukan oleh rantau ini untuk membangun syarikat tersebut – kebanyakan orang berpindah ke sini dengan banyak jenis pekerjaan dan berjaya.”

    Gabenor Republikan, Bryan Kemp menggelar projek itu adalah perjanjian pembangunan ekonomi terbesar dalam sejarah Georgia apabila ia diumumkan dua bulan lalu di daerah Bryan, di mana Hyundai merancang untuk membina kilang AS pertama bagi syarikat itu yang dikhususkan untuk pembuatan kenderaan elektrik. Syarikat pembuat kenderaan itu merancang untuk memulakan pembangunannya tahun depan dan mula mengeluarkan sehingga 300,000 kenderaan setahun pada 2025.

    Pegawai kerajaan berkata pakej insentif akan menyamai dengan pelepasan cukai berjumlah AS$1.5 bilion dan perbelanjaan yang diberikan kepada Rivian Automotive, yang merancang membina kilang kenderaan elektrik di timur Atlanta.

    Item utama dalam pakej Rivian itu ialah cukai harta berjumlah AS$700 juta yang diabaikan oleh kerajaan tempatan selama 25 tahun. Syarikat itu bersetuju untuk membuat pembayaran berjumlah AS$300 juta sebagai ganti cukai bermula tahun depan. – AP

    Bryan Kemp (kiri) dan ketua pegawai eksekutif Hyundai selepas menandatangani perjanjian dalam menerima tawaran membina kilang pembuatan kenderaan elektrik di Ellabell, Georgia, 20 Mei 2022. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    6 maut dalam kebakaran restoran, hotel

    PATNA, 26 APRIL — Kebakaran besar yang melanda sebuah restoran dan hotel di timur India kelmarin membunuh sekurang-kurangnya enam orang dan mencederakan 20 orang,...