Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Pemenang program KACA dirai

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 JAN – Persatuan Kanak-kanak Cacat (KACA) hari ini telah mengadakan Majlis Penyampaian Hadiah bagi Program Penutup dan Aktiviti KACA 2021/2022, dan Peraduan Masakan dan Kraf Tangan KACA 2022 bagi ibu bapa dan sukarelawan anjuran Persatuan KACA, yang berlangsung di pusat berkenaan di Kampung Kiulap.

    Hadir menyampaikan hadiah kepada para pemenang dalam aktiviti itu ialah Presiden KACA, Dato Paduka Haji Zainal bin Haji Momin. Turut hadir ialah Pengarah Urusan KACA, Haji Abdul Alim bin Haji Othman serta kakitangan pusat berkenaan.

    Antara lain tujuan majlis berkenaan adalah sebagai galakan kepada penglibatan kanak-kanak KACA, ibu bapa dan kakitangan pusat sepanjang tahun 2021/2022.

    Hadiah penghargaan bagi program dan aktiviti KACA telah diberikan kepada 12 orang ibu bapa yang aktif dalam memberikan kerjasama sepanjang tahun 2021/2022 selain bantuan serta aktif mengikuti program KACA.

    Manakala peraduan masakan dan kraf tangan telah disertai oleh 37 peserta yang terdiri daripada ibu bapa dan kakitangan pusat berkenaan. Pusat berkenaan akan terus menganjurkan program dan aktiviti sepanjang 2023 dengan melibatkan ibu bapa dan sukarelawan KACA.

    ATAS & BAWAH: Dato Paduka Haji Zainal menyampaikan hadiah kepada pemenang pada majlis yang berlangsung di pusat KACA di Kampung Kiulap.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...