Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Pemimpin dunia mula tiba di Britain

    LONDON, 18 SEPT – Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden hari ini memberikan penghormatan terakhir kepada Ratu Elizabeth II di London ketika orang ramai berbaris untuk melihat keranda-nya untuk 24 jam terakhir.

    Selepas menyaksikan suasana suram di Westminster Hall, Biden, Maharaja Jepun, Naruhito dan pemimpin dunia lain dijangka menghadiri resepsi bersama pengganti Ratu Elizabeth II, Raja Charles III.

    Biden, yang mendarat lewat semalam, berkata Elizabeth, yang memerintah Britain selama 70 tahun, telah ‘menetapkan satu era.’

    Perdana Menteri Australia Anthony Albanese, yang memberikan penghormatan terakhirnya semalam, memberitahu Sky News Australia bahawa Ratu Elizabeth II ‘mempunyai personaliti yang menenangkan.’

    Manakala Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau, yang seperti Australia kini mempunyai Charles sebagai raja berdaulatnya, berkata Ratu Elizabeth II ‘berbakti kepada rakyat dan negara sepanjang hayatnya, dan baginda menjalankan tugasnya dengan penuh bijaksana.’

    Presiden Joe Biden dan wanita pertama Jill Biden tiba di Lapangan Terbang London Stansted, di Stansted, Britain pada 17 September 2022. – AP

    Puluhan pemimpin negara dan kerajaan akan hadir memberikan penghormatan terakhir, ketika Britain mengadakan operasi kawalan terbesar untuk upacara pengebumian bersejarah pemimpin monarki paling lama negara.

    Britain akan mengadakan acara bertafakur selama satu minit pada pukul 8 malam hari ini untuk merenung kembali ‘kehidupan dan peninggalan’ Ratu Elizabeth II sebelum upacara pengebumian baginda.

    Mereka yang ingin melihat keranda diberikan masa sehingga 6:30 pagi pada Isnin untuk memasuki Westminster Hall bersebelahan dengan gereja.

    Upacara pengebumian Ratu Elizabeth II, yang pertama di Britain sejak kematian perdana menteri pertama Winston Churchill pada 1965, akan diadakan pada Isnin di Westminster Abbey di London pada pukul 11 pagi.

    Selepas upacara pengebumian, keranda Ratu Elizabeth II akan dipindah ke Istana Windsor, barat London, untuk pengebumian tertutup apabila baginda akan disemadikan bersama mendiang suami Putera Philip, ayahanda dan bonda serta adinda. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...