Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Penderita imunokompromi dinasihat ambil dos ke-4

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 JULAI – Orang yang mengalami imunokompromi iaitu mereka yang mempunyai masalah kesihatan yang lain dan memerlukan perlindungan tambahan, dinasihatkan untuk memastikan mereka mengambil vaksin penggalak kedua untuk menjaga diri daripada dijangkiti COVID.

    “Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) Amerika Syarikat (AS) masih memerlukan orang yang imunokompromi untuk mengambil vaksin dan negara ini juga sama.

    Sehubungan itu, orang ramai terutama mereka yang sudah lanjut umur, mempunyai penyakit kronik disarankan untuk mendapatkan dos penggalak kedua ini.”

    Perkara itu ditekankan oleh Setiausaha Tetap di Kementerian Kesihatan, Haji Maswadi bin Haji Mohsin bagi mengulas mengenai mesej tular yang menyatakan bahawa individu yang mempunyai imun sistem kuat termasuk mereka yang berumur 60 tahun ke atas, jika mengambil dos keempat atau dos penggalak kedua, ia boleh membunuh imun sistem.

    Turut memberi penjelasan mengenai kenyataan yang tular di media sosial itu semasa sidang media di Kementerian Kesihatan, hari ini ialah Timbalan Setiausaha Tetap (Profesional) di Kementerian Kesihatan, Dr Ang Swee Hui.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...