Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Pengampunan Myanmar termasuk 300 tahanan politik

    GENEVA/MYANMAR, 6 JAN – Antara lebih 7,000 orang tahanan yang diberi pengampunan oleh junta Myanmar minggu ini adalah kira-kira 300 tahanan politik, lapor Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) hari ini.

    Junta tentera, yang merampas kuasa hampir dua tahun lalu, mengumumkan pada
    Rabu lalu bahawa ia akan membebaskan 7,012 orang tahanan bagi memperingati ulang tahun Myanmar mencapai kemerdekaan.

    Ia tidak menjelaskan sama ada pengampunan itu merangkumi mereka yang dipenjara sebagai sebahagian daripada tindakan tegas kejamnya terhadap penentang-penentang, namun pejabat hak asasi PBB berkata, tahanan politik adalah antara yang
    dibebaskan.

    “Kira-kira 300 orang adalah tahanan politik,” jurucakap Jeremy Laurence memberitahu pemberita, memetik “sumber-sumber boleh dipercayai”.

    Beliau berkata bahawa setakat ini, 195 daripada kes berkenaan telah disahkan.

    Kumpulan pemerhati tempatan AAPP juga berkata ia difahamkan bahawa 300 tahanan politik telah dibebaskan.

    Seorang lelaki memeluk saudara selepas dibebaskan daripada Penjara Insein di Yangon pada 47 Januari lalu. – AFP

    Ia telah mengenal pasti 223 orang daripadanya dan berusaha untuk mengesahkan kes-
    kes lain.

    “Pembebasan tahanan politik di Myanmar itu bukan sahaja satu kelegaan kepada mereka yang ditahan secara tidak adil, malah keluarga-keluarga mereka,” Laurence berkata.

    Sementara mengalu-alukan pengampunan mereka, Laurence menekankan bahawa ‘pada hari tahanan-tahanan politik ini dibebaskan, 22 orang lagi ditahan’.
    “Jadi situasi ini berterusan.”

    Dan ramai daripada mereka yang ditahan kerana menentang peraturan tentera, katanya, ‘telah didera dan dianiaya’.

    “Penahanan-penahanan berkenaan bukan sahaja bermaksud untuk mendiamkan pengkritik junta, malah direka untuk menyemai ketakutan”. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Saintis China bina model 3D embrio manusia berusia 3 minggu

    BEIJING, 25 APRIL - Para saintis China membina semula model 3D embrio manusia dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas persenyawaan, yang membuka laluan...