Saturday, April 27, 2024
36 C
Brunei

    -

    Gunung Berapi Kilauea meletus lagi

    HONOLULU, 6 JAN – Gunung berapi Kilauea mula meletus di dalam kawah puncaknya kelmarin, kata Jabatan Geologi Amerika Syarikat (AS), kurang daripada sebulan selepas ia dan jirannya yang lebih besar, Mauna Lao berhenti melepaskan lahar.

    Balai Cerap Gunung Berapi Hawaii mengesan cahaya dalam imej yang tertangkap dalam kamera web yang menunjukkan Kilauea mula meletus di dalam kawah, Halemaumau di puncak gunung tersebut, kata agensi itu.

    Puncak Kilauea terletak di dalam Taman Negara Gunung Berapi Hawaii dan terletak jauh dari kediaman awam.

    Pada awal Khamis, Jabatan Geologi AS, menaikkan tahap amaran untuk Kilauea kerana adanya tanda-tanda magma sedang bergerak di bawah permukaan puncak, satu petunjuk di mana gunung berapi itu akan meletus.

    Kilauea adalah salah sebuah gunung berapi yang paling aktif di dunia. Kali terakhir ia meletus selama 16 bulan bermula pada September 2021. Dalam tempoh dua minggu bermula 27 November, Hawaii mempunyai dua gunung berapi yang memuntahkan lahar bersebelahan antara satu dengan yang lain apabila Mauna Loa meletus buat kali pertama dalam tempoh 38 tahun. Kedua-dua gunung berapi berhenti meletus pada masa yang sama.

    “Ia adalah sebuah letusan yang indah, dan ramai orang dapat melihatnya, dan ia tidak memusnahkan sebarang infrastruktur utama dan yang paling penting, tidak menjejaskan kehidupan warga setempat,” kata Ken Hon, seorang saintis dari Balai Cerap Gunung Berapi Hawaii yang bertanggungjawab.

    Lahar Mauna Loa tidak menimbulkan sebarang ancaman kepada mana-mana komuniti, tetapi gunung tersebut mempunyai jarak 2.7 kilometer dari lebuh raya utama yang menghubungkan bahagian timur dan barat pulau tersebut. Letusan Kilauea pada tahun 2018 memusnahkan lebih daripada 700 buah kediaman.

    Balai cerap itu bercadang akan terus memantau gunung berapi untuk tanda-tanda aktiviti yang berulang. Hon sebelum ini pernah berkata secara amnya terdapat tempoh ‘bertenang’ sebelum para saintis menganggap letusan itu berakhir.

    Bagi orang asli Hawaii, letusan gunung berapi itu mempunyai kepentingan budaya dan rohani yang mendalam. Semasa letusan Mauna Loa, ramai orang asli Hawaii mengambil bahagian dalam traadisi budaya seperti nyanyian, tarian dan nyanyian bagi menghormati Pele, dewa gunung berapi dan api, dan membuat persembahan yang dikenali sebagai ‘hookupu’. – AP

    Imej kamera web daripada Jabatan Kajian Geologi AS ini menunjukkan gunung berapi Kilauea Hawaii meletus di dalam kawah puncaknya. – AP
    Gambar letusan Kilauea. –AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...