Saturday, May 18, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    penggal teman wanita, lelaki dihukum mati

    ISLAMABAD, 24 FEB – Mahkamah Pakistan hari ini menjatuhkan hukuman mati ke atas warga Pakistan-Amerika daripada keturunan sebuah keluarga usahawan yang kaya kerana merogol dan memenggal kepala teman wanitanya, satu pembunuhan yang mencetuskan bantahan meluas terhadap kekejaman wanita di negara patriarki itu.

    Lelaki itu, Zahir Jaffer, 30, menyerang Noor Mukadam di rumahnya di Islamabad pada Julai tahun lalu selepas dia menolak lamaran perkahwinannya – menderanya dan menggunakan ‘senjata tajam’ untuk memenggal kepalanya.

    Noor, anak perempuan bekas duta berusia 27 tahun, berulang kali melakukan percubaan untuk melarikan diri dari rumah besar itu tetapi dihalang oleh dua kakitangan.

    “Tertuduh utama telah dijatuhkan hukuman mati,” kata hakim Atta Rabbani di mahkamah daerah Islamabad.

    Ibu bapa Zahir, Zakir Jaffer dan Asmat Adamjee, bagaimanapun didapati tidak bersalah atas dakwaan cuba menutup jenayah itu. Dua kakitangan terbabit dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun kerana bersubahat membunuhh.

    “Saya gembira keadilan telah ditegakkan,” kata Shuakat Mukadam, bapa Noor, sambil berjanji untuk mencabar pembebasan ibu bapa Zahir.

    Kes itu mencetuskan reaksi meluap-luap daripada pejuang hak-hak wanita yang mengecam keganasan yang semakin berleluasa ke atas wanita.

    Sifat pembunuhan yang mengejutkan, yang membabitkan pasangan daripada golongan elit istimewa masyarakat Pakistan, membawa kepada tekanan supaya perbicaraan selesai dengan cepat di negara yang sistem keadilannya terkenal lembap dan kes-kes biasanya berlarutan selama bertahun-tahun. – AFP

    Zahir Jaffer tiba di mahkamah sebelum perbicaraan di Islamabad, 24 Februari. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    7 maut dalam banjir kilat di Iran

    TEHRAN, 17 Mei – Sekurang-kurangnya tujuh orang maut dalam banjir kilat susulan hujan lebat di bandar Mashhad di timur laut Iran, lapor agensi berita...