Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Peningkatan Rohingya hilang di laut pada 2022 membimbangkan – PBB

    GENEVA/MYANMAR, 17 JAN – Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mencela peningkatan ‘membimbangkan’ jumlah pelarian Rohingya yang hilang di laut, melarikan diri dari tanah air Myanmar atau Bangladesh tahun lalu, memberi amaran lebih ramai akan mati tanpa tindakan bersepadu.

    Lebih 3,500 orang Rohingya mencuba pelayaran laut pada 2022, peningkatan besar berbanding tahun sebelumnya, apabila kira-kira 700 orang membuat perjalanan serupa, menurut UNHCR, agensi pelarian PBB.

    “UNHCR telah merekodkan peningkatan yang membimbangkan dalam angka korban. Sekurang-kurangnya 348 individu telah mati atau hilang di laut pada 2022, menjadikannya tahun paling membawa maut sejak 2014,” jurucakap Shabia Mantoo memberitahu pemberita di Geneva.

    Beliau berkata, 3,040 orang Rohinga yang cuba melarikan diri menerusi laut berlepas tahun lalu, terutamanya di Myanmar, Malaysia, Indonesia dan Bangladesh. Hampir 45 peratus mereka adalah wanita dan kanak-kanak.

    “Kebanyakan bot berlepas dari Myanmar dan Bangladesh, mengetengahkan perasaan terdesak yang meningkat dalam kalangan Rohingya di kedua-dua negara berkenaan,” Mantoo berkata.

    “Mereka yang mendarat melaporkan bahawa mereka membuat perjalanan laut yang berbahaya itu dalam usaha untuk mencari perlindungan, sekuriti, penyatuan keluarga dan pendapatan di negara-negara lain,” katanya.

    “Antara mereka adalah mangsa-mangsa penyeludupan, kanak-kanak yang tidak ditemani dan terpisah, dan mangsa-mangsa keganasan seksual dan berdasarkan gender.” – AFP

    Gambar fail bertarikh 25 Jun 2020 menunjukkan pelarian Rohingya duduk di pantai kampung Lancok, Indonesia, selepas kira-kira 100 orang termasuk 30 kanak-kanak diselamatkan dari sebuah bot kayu di luar pesisir pantai pulau Sumatra, Indonesia. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...