Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Penjaga gol Atletico Madrid disahkan positif COVID-19

    MADRID, 25 JAN – Penjaga gol Atletico Madrid, Jan Oblak telah disahkan positif dijangkiti COVID-19, menurut pengumuman yang dibuat oleh kelab Sepanyol berkenaan hari ini.

    Oblak “telah diuji positif dijangkiti oleh COVID-19,” menurut kenyataan ringkas daripada Atletico.

    “Penjaga gol kami akan kekal diasingkan buat sementara waktu, mematuhi sepenuhnya saranan pihak berkuasa kesihatan,” tambah kelab itu.

    Ujian positif Oblak telah datang semasa musim rehat dalam musim La Liga manakala negara di luar Eropah bermain perlawanan kelayakan untuk pusingan akhir Piala Dunia di Qatar yang akan berlangsung akhir tahun ini.

    Tetapi Atletico Madrid akan merasa terdesak untuk mendapatkan Oblak semula ke dalam pasukan mereka untuk perlawanan liga akan datang menentang Barcelona pada 6 Februari nanti, yang boleh membuktikan perlawanan penting itu dalam perlumbaan untuk empat teratas dalam La Liga.

    Atletico pada masa ini berada di tangga keempat dalam carta perlawanan, satu mata di hadapan pasukan Barca yang mana sekarang berada di tangga kelima. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...