Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    ‘Penting tingkatkan hubungan Australia, Asia Tenggara’

    KOTA KINABALU, 30 JUN – Memahami bahawa kemakmuran dan keselamatan masa depan dikongsi bersama, adalah penting untuk meningkatkan kesalinghubungan antara Australia dengan Asia Tenggara, kata Menteri Luar Australia Penny Wong.

    Beliau berkata adalah amat penting untuk Australia berbincang dengan Asia Tenggara dalam cara yang mengiktiraf negara itu sebagai sebahagian daripada rantau ini.

    “Ini adalah masa yang mencabar untuk dunia. Kami sedang berusaha untuk mengharungi (cabaran) dan kami melakukan yang terbaik apabila melakukannya bersama-sama.

    “Kesalinghubungan itu datang daripada pemahaman bahawa kemakmuran dan keselamatan masa depan kita dikongsi bersama,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

    Terdahulu, Wong mengimbas kenangan lalu apabila melawat bekas sekolahnya, Sekolah Antarabangsa Kinabalu dan bertemu masyarakat di Luyang di sini.

    Beliau berkata Malaysia dan Australia berkongsi persamaan dari segi masyarakat yang pelbagai dan berbeza budaya, selain kedua-dua negara mempunyai sejarah lama dari segi hubungan rakyat dengan rakyat dan pertahanan serta kerjasama strategik.

    “Hubungan sentiasa memerlukan penglibatan dan kerja, maka hubungan rakyat dengan rakyat yang kukuh (diperlukan)…menteri luar, anggota kerajaan, media malah masyarakat boleh terus membina hubungan itu,” katanya. – Bernama

    Penny Wong bercakap kepada media selepas melawat sebuah kedai di Luyang, kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Saintis China bina model 3D embrio manusia berusia 3 minggu

    BEIJING, 25 APRIL - Para saintis China membina semula model 3D embrio manusia dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas persenyawaan, yang membuka laluan...