Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Percubaan perkhidmatan 5G bermula

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 SEPT – Sebagai persediaan pengenalan perkhidmatan 5G yang bakal dilancarkan beberapa bulan akan datang, Pihak Berkuasa Industri Teknologi Info-Komunikasi Negara Brunei Darussalam (AITI), bekerjasama dengan Unified National Networks Sdn Bhd (UNN), sebuah subsidiari yang dimiliki sepenuhnya oleh Darussalam Assets Sdn Bhd (DA), dengan kolaborasi bersama penyedia perkhidmatan telekomunikasi dalam Kumpulan DA, Datastream Digital Sdn Bhd (DST), imagine Sdn Bhd dan Progresif Sdn Bhd, akan mengendalikan percubaan Rangkaian Mudah Alih Generasi ke-5 (5G) bagi pelanggan-pelanggan mudah alih untuk tempoh sehingga lapan minggu.

    Menurut kenyataan bersama yang dikeluarkan, di sini, hari ini, percubaan dikendalikan sebelum pengenalan perkhidmatan 5G yang akan dilancarkan di Negara Brunei Darussalam dalam beberapa bulan yang akan datang, menggunakan spektrum frekuensi radio yang sedia ada dan baharu untuk menyediakan jalur lebar kapasiti tinggi di kesemua kawasan trafik internet tinggi.

    Kelajuannya dijangka akan mencecah di antara 300 Mbit/s sehingga kepada 1 Gbit/s, bergantung pada kapasiti dan jumlah pengguna di kawasan sel tertentu.

    Matlamat ujian 5G tersebut adalah untuk membolehkan UNN dan penyedia perkhidmatan menerima dan menilai maklum balas berharga daripada peserta percubaan itu, yang akan membantu memudahkan rangkaian end-to-end dan proses pengoptimuman supaya dapat mencapai pelancaran yang memuaskan serta berjaya pada masa yang terdekat ini.

    Setiap penyedia perkhidmatan akan memilih sehingga 100 pelanggan yang memenuhi kriteria pemilihan khusus untuk menjadi peserta ujian, di mana mereka diperlukan untuk memberikan maklum balas secara aktif bagi pengalaman dan prestasi rangkaian.

    Oleh itu, pelanggan-pelanggan yang berminat untuk menyertai percubaan berkenaan adalah diperlukan untuk mempunyai pelan sedia ada pasca bayar dengan mana-mana tiga penyedia perkhidmatan dan mempunyai peranti atau telefon mudah alih serasi-5G.

    Pelanggan-pelanggan yang berminat dan yang berkelayakan, boleh menghubungi penyedia perkhidmatan masing-masing untuk mengambil bahagian dalam percubaan 5G dengan mengikut kaedah yang dahulu didahulukan.

    Pada April 2021, Negara Brunei Darussalam melancarkan Projek Rintis 5G, seperti yang ditugaskan oleh Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) dan diterajui oleh AITI dengan penempatan stesen pangkalan 5G oleh UNN di lokasi-lokasi terpilih.

    Ia bertujuan untuk mendemonstrasikan persekitaran rangkaian 5G Proof of Concept, mempromosikan kebolehlaksanaan komunikasi mudah alih 5G berkelajuan tinggi dan meningkatkan kesedaran dalam kalangan orang ramai bagi penerimaan teknologi 5G di negara ini.UNN ketika ini dalam peringkat akhir menyiapkan pemodenan sepenuhnya keseluruhan infrastrukturnya supaya menjadi sedia 5G.

    Pemodenan menerusi pengembangan Radio Access Network (RAN) dan penaikan taraf rangkaian jalur lebar akan meningkatkan kapasiti untuk mengurus pertumbuhan volum data dan trafik serta juga memperbaiki pengalaman pelanggan di negara ini.

    Perkhidmatan 5G mempunyai potensi untuk meningkatkan produktiviti, meningkatkan pengalaman maya dan mencapai pendigitalan ke arah menjadi sebuah negara pintar.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Saintis China bina model 3D embrio manusia berusia 3 minggu

    BEIJING, 25 APRIL - Para saintis China membina semula model 3D embrio manusia dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas persenyawaan, yang membuka laluan...