Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Persatuan Foochow rai Hari Kanak-kanak

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 21 MEI – Kanak-kanak dari semua peringkat umur berpeluang meluangkan masa lapang mereka dengan pelbagai aktiviti dan permainan ketika Persatuan Foochow di Daerah Belait menganjurkan sambutan Hari Kanak-kanak di bangunan utama mereka di Kuala Belait, hari ini.

    Pengerusi persatuan berkenaan, Tan Tei Tei hadir menyaksikan sambutan itu berlangsung.

    Pengerusi sambutan dan perhubungan awam persatuan berkenaan, Jackson Wong dalam ucapan ringkas pada majlis itu berkata, setiap kanak-kanak mempunyai perwatakan dan potensi unik mereka sendiri, dan percaya bahawa mereka mampu mencapai impian mereka.

    “Jadi marilah kita melakukan yang terbaik sebagai ibu bapa dan orang dewasa untuk membimbing mereka dengan kasih sayang dan penjagaan,” tambah beliau.

    Beliau menambah bahawa sambutan itu juga merupakan peluang kepada kanak-kanak untuk berinteraksi dengan rakan sebaya dan minat sama ketika mereka terus matang dan membesar.

    Sambutan diteruskan dengan pelbagai permainan dan aktiviti, yang boleh disertai oleh kanak-kanak dan orang dewasa.

    Dengan hidangan tengah hari disajikan antara waktu rehat, beberapa permainan karnival turut diadakan di premis luar yang menawarkan hadiah-hadiah.

    Dua orang kanak-kanak bergurau bersama seorang rakan mereka dalam aktiviti permainan yang disertai pada sambutan Hari Kanak-kanak anjuran Persatuan Foochow Daerah Belait di premis persatuan itu di Kuala Belait, kelmarin. – Gambar oleh Daniel Lim
    Gambar ramai kanak-kanak yang hadir bersama ahli-ahli persatuan.
    Kanak-kanak menyertai salah satu permainan yang diadakan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Saintis China bina model 3D embrio manusia berusia 3 minggu

    BEIJING, 25 APRIL - Para saintis China membina semula model 3D embrio manusia dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas persenyawaan, yang membuka laluan...