Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Sekolah Chung Hwa Kiudang rai ulang tahun ke-70

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 MEI – Sekolah Chung Hwa Kiudang, Tutong, telah meraikan ulang tahunnya yang ke-70 dengan majlis yang berlangsung di sekolah berkenaan, kelmarin.

    Hadir selaku tetamu kehormat ialah ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Lau How Teck.

    Presiden Sekolah Chung Kwa Kiudang, Kevin Pong Ming Onn berkata, sekolah berkenaan telah ditubuhkan pada 1951, dan telah berkembang baik sehingga kini, malah sambutan daripada rakan kongsi juga amat memberangsangkan.

    Majlis juga menyaksikan sesi penyampaian cenderahati kepada pengerusi kehormat tetap, penasihat kehormat tetap, dan pengarah kehormat tetap.

    Penyampaian cenderahati berkenaan adalah salah satu usaha sekolah bagi memberi kembali kepada mereka atas sokongan dan sumbangan untuk sekolah selama mereka berkhidmat.

    Majlis yang dihadiri oleh rakan-rakan kongsi, guru, ibu bapa dan jemputan khas itu dimeriahkan dengan menikmati jamuan dan ramah mesra.

    Upacara memotong kek bagi memperingati ulang tahun ke-70 Sekolah Chung Hwa Kiudang, Tutong. – Gambar oleh Lyna Mohammad

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...