Monday, October 2, 2023
23 C
Brunei

    -

    Pertemuan menteri pertahanan ‘langkah pertama yang penting’

    SINGAPURA, 12 JUN – Menteri pertahanan Australia dan China mengadakan pertemuan kali pertama dalam masa tiga tahun hari ini, dengan rundingan disifatkan sebagai ‘langkah pertama yang penting’ berikutan tempoh hubungan yang tegang.

    Menteri Pertahanan Australia, Richard Marles mengadakan run-dingan selama lebih sejam bersama Wei Fenghe dari China di luar sidang kemuncak keselamatan Dialog Shangri-La di Singapura.

    Marles menyifatkan pertemuan itu ‘langkah pertama yang penting’ dan ‘sangat signifikan’.

    “Ia merupakan peluang untuk mendapatkan rundingan yang sangat telus yang mana saya telah membangkitkan beberapa isu yang membimbangkan Australia,” kata Marles, yang juga timbalan perdana menteri Australia.

    Kerajaan China tidak memberikan komen segera selepas pertemuan itu.

    Hubungan antara Beijing dan Canberra semakin tegang sejak beberapa tahun kebelakangan selepas gesaan untuk mengadakan siasatan bebas mengenai asal usul pandemik koronavirus dan mengharamkan syarikat telekomunikasi gergasi Huawei dari membangunkan rangkaian 5G di Australia.

    China – rakan perdagangan terbesar Australia – memberi respons dengan mengenakan tarif dan menjejaskan lebih belasan industri-industri penting, termasuk barli dan arang batu.

    Marles berkata pesawat peronda Australia yang terbang di ruang angkasa antarabangsa yang dipintas oleh pesawat perang China dan ‘kepentingan berterusan Australia di Pasifik’ antara topik yang dibincangkan.

    Ini termasuk fokus Australia terhadap memastikan ‘negara-negara di Pasifik untuk tidak diletakkan dalam kedudukan ketenteraan yang semakin meningkat,” katanya. – AFP

    Timbalan perdana menteri Australia semasa menyampaikan ucapan di sidang kemuncak Dialog Shangri-La, kelmarin.- AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Ikan paus langgar bot, 1 maut, 1 cedera  

    SYDNEY, 1 OKT - Seorang lelaki maut dan seorang lagi cedera selepas seekor ikan paus melanggar sebuah bot di luar pantai timur Australia, kelmarin,...

    Singa baham tuan