Sunday, May 19, 2024
29.8 C
Brunei

    -

    Perubahan iklim hasil siklon lebih kuat

    PARIS, 16 MEI – Perubahan iklim tidak menjadikan taufan, seperti yang melanda Bangladesh, lebih kerap tetapi ia menjadikannya lebih kuat dan membinasa, menurut pakar iklim dan cuaca.

    Fenomena alam yang sangat kuat ini mempunyai label yang berbeza mengikut wilayah yang dilanda, tetapi siklon, taufan dan hurikan semuanya adalah ribut tropika ganas yang boleh menjana tenaga 10 kali ganda lebih tinggi daripada bom atom Hiroshima.

    Ia dibahagikan kepada kategori yang berbeza mengikut kekuatan angin maksimum dan skala kerosakan yang dicetuskan.

    “Jumlah keseluruhan siklon tropika setiap tahun tidak berubah secara global tetapi perubahan iklim telah menambah kejadian ribut yang paling kuat dan membinasa,” menurut World Weather Attribution (WWA), sekumpulan saintis iklim dan pakar kesan iklim bermatlamat untuk menunjukkan hubungan sahih di antara pemanasan global dan fenomena cuaca tertentu. Siklon paling ganas kategori tiga hingga lima pada skala Saffir Simpson yang mengakibatkan paling banyak kemusnahan telah menjadi lebih kerap, kata WWA. – AFP

    Bot-bot yang pecah bertimbun bersebelahan jambatan musnah di Sittwe, negeri Rakhine, Myanmar pada 15 Mei selepas siklon Mocha mendarat. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Australia cipta AI boleh klasifikasi tumor otak lebih cepat, tepat

    CANBERRA, 19 MEI - Pasukan penyelidik dari Universiti Kebangsaan Australia (ANU) telah membangunkan alat kecerdasan buatan (AI) untuk mengklasifikasikan tumor otak dengan lebih cepat...