Saturday, December 2, 2023
27.2 C
Brunei

    -

    Pesakit Alzheimer mungkin cecah 139 juta pada 2050

    ANKARA, 20 SEPT – Jumlah pesakit Alzheimer di dunia mungkin mencecah 139 juta menjelang 2050, menurut laporan terbaharu Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

    Pada masa ini terdapat lebih 55 juta pesakit Alzheimer di seluruh dunia, dan angka berkenaan dijangka meningkat kepada 78 juta menjelang 2030 dan 139 juta pada 2050, menurut Agensi Anadolu.

    Pada 21 September, Hari Alzheimer Sedunia disambut bagi meningkatkan kesedaran serta menyokong individu yang terjejas akibat penyakit itu.

    Setiap tahun, beribu-ribu orang mati di seluruh dunia akibat penyakit berkenaan, sejenis keadaan yang menyebabkan seseorang hilang ingatan atau demensia, dan penurunan fungsi kognitif akibat kematian sel-sel otak dari semasa ke semasa.

    Lebih daripada 60 peratus pesakit Alzheimer tinggal di negara berpendapatan rendah dan sederhana, dengan 10 juta kes baharu direkodkan setiap tahun. WHO mendedahkan bahawa penyakit Alzheimer merupakan punca kematian ketujuh paling biasa di seluruh dunia, dan jumlah pesakit diramal meningkat hampir tiga kali ganda menjelang 2050. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    AS$2.2 juta dilarikan perompak bersenjata

    NEW DELHI, 1 DIS – Perompak bersenjata melarikan 188 juta rupee (AS$2.2 juta) dari sebuah bank di negeri timur laut Manipur yang dilanda keganasan. Rompakan...