Saturday, May 18, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Piala Veteran JCWE eratkan hubungan silaturrahim

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 11 OKT – Lima pasukan dari seluruh Daerah Belait telah berkumpul untuk berentap antara satu sama lain, dengan majlis perasmian Piala Veteran JCWE telah diadakan lebih awal pada malam 10 Oktober di Gelanggang Bola Keranjang Kampung Baru di Seria.

    Kejohanan tersebut dianjurkan oleh Persatuan Bola Keranjang Daerah Belait (BDBA) dengan kerjasama JCWE Sdn Bhd, dan ditaja oleh Hui Huang Enterprise, Piala Veteran dibuka kepada pemain yang berumur 40 tahun ke atas.

    Ia mewakili salah satu daripada banyak kejohanan yang dianjurkan oleh persatuan tersebut, bertujuan untuk merapatkan silaturrahim di samping mengembangkan kemahiran dan bakat pemain bola keranjang di Daerah Belait.

    Antara lima pasukan yang bertanding dalam kejohanan tersebut ialah Water Pro, TGM, Menglait, Redz Eagles, dan The Rookies’.

    Kejohanan yang bermula pada 8 Oktober lalu dirasmikan oleh Johnny Choong selaku wakil dari JCWE Sdn Bhd dengan melambungkan bola untuk permulaan permainan.

    Dua perlawanan telah diadakan malam itu termasuk satu perlawanan yang menyaksikan TGM menentang Menglait, di mana TGM memperoleh sedikit kelebihan enam mata pada suku pertama sepanjang perlawanan sebelum keputusan memihak kepada TGM apabila mereka menamatkan perlawanan dengan jaringan 93-80.

    Sementara itu, The Rookies’ langkah kanan semasa menentang Redz Eagles yang lebih berpengalaman kerana mereka mampu mencipta sedikit kelebihan pada awal suku pertama.

    Sementara Redz Eagle berjaya mengekalkan rentak mereka, The Rookies terus memperoleh pendahuluan kecil, dengan mata lebih besar diperoleh pada suku ketiga apabila mereka memenangi perlawanan yang berkesudahan 94-76.

    Kejohanan tersebut akan diteruskan pada malam berselang-selang dengan pasukan akan berentap antara satu sama lain diikuti hari rehat, dengan empat pasukan teratas akan melangkah ke peringkat separuh akhir dan peringkat akhir yang akan diadakan pada 18 dan 21 Oktober.

    Aksi tetamu kehormat merasmikan kejohanan dengan lambungan bola dalam salah satu perlawanan yang diadakan pada malam 10 Oktober.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    7 maut dalam banjir kilat di Iran

    TEHRAN, 17 Mei – Sekurang-kurangnya tujuh orang maut dalam banjir kilat susulan hujan lebat di bandar Mashhad di timur laut Iran, lapor agensi berita...