Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    PICKids Labuan selama sebulan, vaksinasi 11,600 kanak-kanak

    LABUAN, 7 FEB – Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan untuk Kanak-kanak (PICKids) yang bermula di sini hari ini dijangka berlangsung selama sebulan, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan Dr Ismuni Bohari.

    Beliau berkata, program imunisasi itu akan melibatkan sekurang-kurangnya 11,600 kanak-kanak berumur antara lima dan 11 tahun.

    “PICKids ini walaupun atas dasar sukarela, kami menggalakkan ibu bapa membenarkan anak-anak mereka diberikan vaksin,” katanya kepada Bernama selepas melancarkan PICKids di Hospital Labuan di sini hari ini.

    Beliau berkata pusat pemberian vaksinasi (PPV) sedia ada di Dewan Darul Kifayah akan digunakan untuk pemberian vaksin yang beroperasi sehingga 8 malam pada hari bekerja.

    “Kami boleh menubuhkan PPV lain seperti yang dipersetujui Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Lada dan SK Pekan 2 untuk melancarkan proses pemberian vaksin.

    “Kami akan terus memberi kesedaran tentang kepentingan mendapatkan vaksin untuk kanak-kanak termasuk mengadakan sesi penglibatan dengan ibu bapa dan wakil Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta menjalankan sesi kaunseling,” katanya.

    Terdahulu semasa pelancaran program itu, seramai 20 kanak-kanak berumur antara lima dan 11 tahun menerima suntikan mereka. – Bernama

    Penerima vaksin kanak-kanak kelihatan tenang mendengar penjelasan petugas kesihatan sebelum menerima suntikan vaksin pada hari pertama Program Imunisasi COVID-19 Kanak-Kanak (PICKids) Peringkat Labuan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Hospital Labuan semalam. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Saintis China bina model 3D embrio manusia berusia 3 minggu

    BEIJING, 25 APRIL - Para saintis China membina semula model 3D embrio manusia dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas persenyawaan, yang membuka laluan...