Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Iraq tunda pilihan raya presiden

    BAGHDAD, 7 FEB – Parlimen Iraq hari ini menangguhkan pilihan raya untuk presiden republik selepas blok politik paling besar memulaukan sesi berkenaan.

    Ketidakhadiran memburukkan krisis politik di negara itu di mana, hampir empat bulan selepas pilihan raya umum, masih belum memilih seorang perdana menteri baharu.

    Pengundian perhimpunan telah ditetapkan pada tengah hari untuk pemimpin negara, jawatan dengan mandat empat tahun dipegang berdasarkan konvensyen oleh anggota minoriti Kurdish Iraq, dan buat masa sekarang disandang oleh Barham Saleh.

    Namun beberapa siri gesaan pemulauan telah menjadikannya mustahil untuk parlimen 329 kerusi di Zon Hijau Baghdad memperoleh kuorum dua pertiga yang diperlukan.

    Seterusnya, pada petang ini, dengan hanya beberapa puluh ahli parlimen dalam dewan, seorang pegawai yang bercakap dengan syarat namanya tidak disiarkan mengesahkan kepada AFP bahawa ‘tidak adanya pengundian untuk memilih presiden.’

    Krisis meletus selepas pengundian pada Oktober dibelenggu jumlah kehadiran rendah, ancaman selepas pengundian dan keganasan, serta penangguhan beberapa bulan sehingga keputusan akhir disahkan.

    Rundingan di kalangan kumpulan politik seterusnya gagal untuk membentuk gabungan parlimen majoriti untuk menamakan seorang perdana menteri baharu untuk mengganti Mustafa al-Kadhemi. – AFP

    Gambar gabungan menunjukkan bekas menteri kewangan Iraq Hoshyar Zebari dan presiden Iraq Barham Saleh menghadiri sidang media pada 22 Januari 2020. Blok terbesar dalam parlimen Iraq pada 6 Februari mengumumkan pemulauan sesi untuk memilih presiden negara. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...