Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    PM Australia tuduh insiden laser China bersifat ‘intimidasi’

    SYDNEY, 20 FEB – Perdana Menteri Australia, Scott Morrison menuduh China melakukan ‘tindakan menakut-nakutkan’ selepas Canberra memaklumkan sebuah kapal tentera laut China memancarkan laser ke arah salah satu pesawat pertahanan negara itu.

    Kapal itu adalah salah satu daripada dua kapal tentera laut China yang berlayar melalui perairan di luar pantai utara Australia pada Khamis dan ia menerangi pesawat berkenaan dalam insiden yang ‘berpotensi membahayakan nyawa’, kata Jabatan Pertahanan.

    “Saya tidak dapat melihatnya dengan cara lain selain tindakan menakut-nakutkan,” kata Morrison, yang turut berkata, tindakan itu tidak wajar.

    Sementara itu, Menteri Pertahanan Australia, Peter Dutton, menyuarakan kebimbangannya, dengan menyifatkan ia sebagai ‘tindakan yang sangat agresif’.

    “Saya rasa kerajaan China berharap tiada siapa yang bercakap mengenai tindakan buli yang agresif ini,” kata Dutton kepada Sky News hari ini.

    Menurut kementerian pertahanan, kapal-kapal itu berlayar ke timur melalui Laut Arafura, utara Australia.

    Bagaimanapun, kerajaan China tidak menjawab dakwaan Australia. – AFP

    Kapal China, PLA-N Luyang dan PLA-N Yuzhao meninggalkan Semenanjung Torres dan memasuki Laut Coral. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...