Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    PM Kemboja: ASEAN perlu bekerjasama pastikan keamanan, kestabilan serantau

    PHNOM PENH, 12 SEPT – Perdana Menteri Kemboja Samdech Techo Hun Sen, selaku pengerusi Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) bagi 2022, hari ini menyeru agar negara-negara anggota bekerjasama menangani cabaran untuk mengekalkan keselamatan serantau, keamanan, kestabilan dan kemakmuran.

    “Dalam konteks persaingan geopolitik yang semakin meningkat, ASEAN perlu menjadi contoh dan bekerjasama untuk memastikan keamanan, kestabilan dan kemakmuran serantau dengan mengukuhkan perpaduan dan pemusatan ASEAN serta berpegang teguh kepada perkongsian dan mekanisme pelbagai hala bagi menangani cabaran.

    “Selain itu, ASEAN perlu memainkan peranan utama dan berfungsi sebagai platform untuk menggalakkan dialog dan kerjasama, sambil memperkukuh kerangka serantau yang terbuka, telus, inklusif dan mendukung peraturan,” katanya dalam ucapan perasmian Forum Kepimpinan dan Perkongsian ASEAN 2022, lapor Xinhua.

    Sebagai pengerusi ASEAN untuk 2022, Kemboja telah bekerja secara aktif dalam meluaskan dan mengukuhkan kerjasama dan perkongsian ASEAN dalam pelbagai bentuk serta bidang, termasuk sosioekonomi, perdagangan dan pelaburan dengan pelbagai negara, rakan kongsi pembangunan dan masyarakat antarabangsa, katanya.

    ASEAN terdiri dari Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...