Thursday, September 28, 2023
25.9 C
Brunei

    -

    Perubahan iklim: Mesir terjejas teruk

    KAHERAH, 12 SEPT – Menteri Sumber Air dan Pengairan Mesir Hani Suweilam pada Ahad berkata Mesir adalah antara negara paling terjejas di dunia akibat perubahan iklim, lapor Xinhua memetik laporan berita laman sesawang Ahram Online.

    Menteri berkenaan membuat kenyataan itu semasa sesi pem-bukaan forum alam sekitar dan

    pembangunan mengenai persediaan Mesir menjadi tuan rumah sesi ke-27 Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang akan diadakan di bandar peranginan Laut Merah Sharm El-Sheikh pada November.

    Mesir kini mengalami masalah kekurangan air, suhu yang tinggi, hakisan dan limpahan air masin ke dalam sumber air tawar, menurut menteri itu. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Kim gesa pengeluaran senjata nuklear lebih besar

    PYONGYANG, 28 SEPT - Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un menggesa peningkatan eksponen dalam pengeluaran senjata nuklear dan agar negaranya memainkan peranan yang lebih...