Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Pokok tumbang halang jalan raya

    Oleh Ak Zaki Kasharan
    Gambar serahan Jabatan Bomba dan Penyelamat 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 JUN – Satu insiden pokok tumbang telah dilaporkan berlaku di kawasan jalan raya Delta 1 dan Delta 2 menuju istana hala Jerudong, pagi tadi.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) sepohon pokok jati berukuran lebih kurang 15 meter dengan garis pusat lebih kurang 25cm telah merebahi keseluruhan Jalan Delta 1 mana-kala itu, sepohon lagi pokok jati berukuran lebih kurang 7 meter dengan garis pusat lebih kurang 15cm tumbang merebahi sebahagian jalan
    di Jalan Delta 2.

    Empat orang anggota berserta sebuah jentera dari Balai Bomba Jerudong yang diketuai oleh ASO Metusin bin Haji Menudin telah dikerahkan ke lokasi pada pukul 8:55 pagi.

    Anggota bomba segera bertindak memotong pokok Jalan Delta 1 menggunakan dua gergaji rantai sebelum bergerak ke Jalan Delta 2.

    Meskipun tidak ada kecederaan dan kemalangan jiwa berlaku semasa kejadian, JBP menyarankan orang ramai agar mengelakkan menanam pokok terlalu dekat dengan rumah dan amalkan penjarakan bagi penanaman pokok-pokok tersebut.

    Anggota bomba dan penyelamat memotong pokok yang tumbang di jalan raya Delta 1 dan Delta 2 menuju istana hala Jerudong.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Saintis China bina model 3D embrio manusia berusia 3 minggu

    BEIJING, 25 APRIL - Para saintis China membina semula model 3D embrio manusia dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas persenyawaan, yang membuka laluan...