Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Serena, Jabeur serlah aksi cemerlang

    EASTBOURNE, UNITED KINGDOM, 22 JUN – Serena Williams berjaya kembali ke gelanggang dengan kemenangan selepas setahun tidak beraksi ketika pemain terbaik Amerika Syarikat itu bersama gandingannya, Ons Jabeur berjaya menewaskan Sara Sorribes Tormo dan Marie Bouzkova dengan keputusan 2-6, 6-3, 13-11 dalam perlawanan beregu di Antarabangsa Eastbourne, kelmarin.

    Williams, juara perseorangan Grand Slam sebanyak 23 kali, kembali beraksi buat kali pertama sejak tersingkir daripada kejohanan Wimbledon tahun lalu.

    Pemain berusia 40 tahun itu mengalami kecederaan kaki semasa perlawanan pusingan pertamanya di Wimbledon menentang Aliaksandra Sasnovich dan sejak itu dia tidak dilihat beraksi di dalam gelanggang.

    Sebelum Williams membuat pengumuman mengejutkan mengenai dia kembali beraksi pada minggu lalu, beberapa khabar angin mengenai persaraannya tersebar selama beberapa bulan.

    Walau bagaimanapun, dengan kejohanan Wimbledon yang akan bermula pada 27 Jun ini, Williams akhirnya dapat melanjutkan kerjayanya, beraksi bersama Jabeur di acara pemanasan badan Wimbledon di persisiran pantai Sussex. Williams dan Jabeur, pemain yang berada di tempat ketiga dalam ranking perseorangan WTA, menewaskan Sorribes Tormo dari Sepanyol dan gandingannya, Bouzkova dari Republik Czech dalam perlawanan kelompok 16 terakhir.

    Walaupun Williams kini belum mencapai prestasi terbaiknya, dia masih beraksi dengan penuh semangat apabila dia kembali buat kali pertama selepas setahun.

    Dia dan Jabeur akan bertemu Shuko Aoyama dari Jepun dan gandingannya, Chan Hao-ching dari Taiwan dalam perlawanan suku akhir.

    “Ia sangat seronok dapat bergandingan dengan Ons. Kami berasa seronok dan pesaing kami mempamerkan aksi yang menakjubkan. Kami gembira untuk berada di sini,” kata Williams. – AFP

    Aksi Serena Williams membalas pukulan semasa perlawanan beregu menentang pesaing mereka di gelanggang Antarabangsa Eastbourne. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...