Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Polis Sepanyol tahan suspek bom surat

    MADRID, 25 JAN – Polis Sepanyol telah menahan seorang lelaki yang disyaki menjadi dalang kepada kempen pengeboman surat baru-baru ini yang menyasarkan perdana menteri dan kedutaan Ukraine, menurut kementerian dalam negeri kelmarin.

    Seorang warga Sepanyol berusia 74 tahun telah ditangkap di Miranda de Ebro di utara Sepanyol dan kementerian berkata polis sedang menggeledah rumah lelaki itu.

    Tiada siapa yang terbunuh akibat enam bom surat yang dihantar pada akhir November dan awal Disember ke pelbagai tapak di Sepanyol, tetapi seorang pekerja kedutaan Ukraine cedera ringan ketika membuka salah satu bungkusan.

    Antara lokasi yang disasarkan ialah kediaman rasmi Perdana Menteri, Pedro Sanchez, Kementerian Pertahanan Sepanyol dan pangkalan udara berhampiran Madrid di mana senjata yang disumbangkan oleh Sepanyol dihantar ke Ukraine. – AFP

    Gambar fail bertarikh 1 Disember 2022 menunjukkan polis Sepanyol berjaga-jaga berdekatan kedutaan AS di Madrid. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...