Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Portugal selangkah lagi ke Piala Dunia

    PORTO, 25 MAC – Portugal mara ke playoff pusingan akhir bagi kelayakan Piala Dunia minggu hadapan selepas menewaskan Turki 3-1 di Porto kelmarin, tetapi hanya selepas Burak Yilmaz terlepas sepakan penalti minit akhir untuk pasukan pelawat.

    Pasukan tuan rumah berjaya mencatat kemenangan di Estadio do Dragoa hasil jaringan pada separuh masa pertama oleh pemain tengah, Otavio dan penyerang Liverpool Diogo Jota.

    Tetapi ketua pasukan Turki, Yilmaz berjaya merapatkan mata jaringan pada minit ke-65, menjadikan perlawanan semakin sengit.

    Turki kemudian dianugerahkan sepakan penalti lewat perlawanan apabila kekasaran ke atas Enes Unal dikesan semasa tinjauan VAR, namun percubaan Yilmaz melambung tinggi dan Matheus Nunes mengesahkan kemenangan Portugal melalui jaringan pada masa kecederaan.

    Yilmaz, 36, mungkin tidak mempunyai peluang untuk bermain di Piala Dunia selepas penantian Turki untuk kembali beraksi di pusingan akhir masih diteruskan.

    Reaksi penyerang Portugal, Diogo Jota meraikan gol selepas membantu pasukan mendahului perlawanan menentang Turki di Porto, kelmarin. – AP

    Mereka gagal membuat penampilan di pentas Piala Dunia sejak meraih kedudukan ketiga semasa kejohanan yang dianjurkan di Jepun dan Korea Selatan pada 2002.

    Sebagai perbandingan, Portugal tidak pernah terlepas bersaing di kejohanan itu sejak 1998 dan mereka dijangka untuk mengesahkan tempat mereka di Qatar apabila mereka melayani kunjungan Macedonia Utara dalam penentuan playoff Selasa depan.

    Pada usia 37 tahun, impian Cristiano Ronaldo untuk menggenggam trofi Piala Dunia masih boleh dicapai dan hanya beberapa pasukan dalam bola sepak antarabangsa yang mampu menyaingi jentera serangan pasukan kendalian Fernando Santos.

    Jurulatih Portugal, Santos, meletakkan Joao Felix di bangku simpanan dan membuat pilihan mengejutkan dengan menurunkan Otavio, pemain Porto kelahiran Brazil.

    Pasukan Juara Eropah 2016 memulakan perlawanan dengan baik dan berterusan sehingga suku jam perlawanan ketika percubaan Bernardo Silva terkena tiang dan Otavio berjaya menyambut bola untuk menyudahkannya masuk ke gawang. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...