Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Presiden Kazakhstan rombak kabinet

    ALMATY, KAZAKHSTAN, 5 JAN – Presiden Kazakhstan hari ini memecat kabinet sebagai usaha untuk menghentikan kekacauan di seluruh negara berikutan peningkatan harga tenaga.

    Presiden Kassym-Jomart Tokayev mengisytiharkan perintah darurat di bandar terbesar Almaty, ibu kota kewangan, dan beberapa wilayah di barat Mangystau hari ini selepas pembantah menyaksikan ribuan turun ke jalan-jalan dan meminta kerajaan untuk meletak jawatan.

    Arahan berasingan diterbitkan di laman sesawang presiden hari ini dan berkata Tokayev telah meluluskan peletakan jawatan kabinet yang dipimpin oleh Perdana Menteri, Askar Mamin.

    Timbalan Perdana Menteri, Alikhan Smailov akan menjalankan tugas sebagai perdana menteri sehingga kabinet baharu telah dibentuk, menurut arahan.

    Bandar barat daya Almaty berada dalam kekecohan lewat kelmarin ketika polis melepaskan gas pemedih mata dan bom tangan bunyi untuk meleraikan kekacauan yang bermula di bahagian barat negara disebabkan oleh peningkatan harga gas minyak mentah.

    Para pembantah mengadakan demonstrasi di Almaty, Kazakhstan rentetan peningkatan harga tenaga di negara tersebut. – AP

    Perintah darurat di Almaty dan Mangsystau mula berkuat kuasa 5 Januari hingga 29 Januari, menurut laporan laman sesawang presiden.

    Tempoh perintah berkurung waktu malam akan dilaksanakan di kedua-dua kawasan bermula 11 malam hingga 7 pagi, dengan sekatan pergerakan keluar dan masuk turut merangkumi arahan tersebut.

    Beberapa jam sebelum ini, Tokayev menggesa untuk keadaan kembali tenang dalam hantaran video melalui Facebook oleh setiausaha akhbar, Berik Uali.

    “Kerajaan tidak akan ditumbangkan, namun kami tidak memerlukan konflik,” Tokayev dalam kenyataan mereka.

    Jurnalis AFP di Almaty menyaksikan pihak polis menggunakan gas pemedih mata bagi meleraikan orang ramai sekitar 5,000 orang yang semakin bertambah bilangannya ketika para pembantah memasuki jalan-jalan raya membuat anti slogan dan kadang-kala menyerang kenderaan. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    PM Jepun akan lawat Perancis, Brazil dan Paraguay

    TOKYO, 26 APRIL - Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida akan melawat Perancis, Brazil dan Paraguay minggu depan ketika negaranya berusaha untuk meningkatkan hubungan dengan...